• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mesej WhatsApp palsu, isu Direct Debit CIMB tiada kaitan dengan Zoom

  • OLEH Najib
  • 3:16 pm
  • 10/04/2020
  • Komen
Mesej WhatsApp palsu, isu Direct Debit CIMB tiada kaitan dengan Zoom
Share on FacebookShare on Twitter

CIMB telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tiada aktiviti mencurigakan di platform mereka seperti mana yang tular di WhatsApp. Dalam mesej tular tersebut, ia menyatakan aplikasi persidangan video Zoom, menjadi punca masalah ‘Direct Debit‘ yang dihadapi pengguna CIMB sebelum ini.

CIMB menegaskan, mereka beroperasi mengikut garis panduan keselamatan yang ketat dan mematuhi semua keperluan pengawalseliaan, perundangan, pematuhan dan risiko.



Ia berikutan terdapat laporan dari pengguna yang bertanyakan CIMB di media sosial. Mereka menerima mesej di WhatsApp yang mengatakan Zoom adalah salah satu aplikasi yang digunakan untuk menceroboh dan mencuri data peribadi pengguna, seperti kata laluan dan akses ke maklumat perbankan. Mesej tersebut turut menyuruh pengguna membuang Zoom dengan segera.

Aplikasi Zoom menjadi sangat popular kerana ia percuma dan mudah digunakan, di waktu semua orang terpaksa bekerja dari rumah. Bagaimanapun, banyak masalah keselamatan ditemui di aplikasi tersebut yang mengakibatkan Zoom terpaksa mengemaskini perisian mereka dari hari ke hari.



Lebih membahayakan apabila banyak penjenayah siber mengambil kesempatan ini dengan membina laman web palsu yang menyerupai laman web Zoom. Pengguna yang melayari laman web palsu ini akan diminta memuat turun perisian hasad dan malware, sekaligus memudahkan penjenayah ini mencuri data peribadi pengguna.

Jika anda masih tidak pasti, laman web Sebenarnya.my yang diuruskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pun membongkar mesej tular ini dan menyemaknya, ia adalah palsu.

Tiada Aktiviti Yang Mencurigakan Di Platform CIMB Berkenaan Zoom https://t.co/cxPeGCF40P pic.twitter.com/JhZkKlECFq

— sebenarnya.my (@sebenarnyaMY) April 9, 2020

Sumber: The Star, CIMB

Tags: cimbwhatsappzoom
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Mesej WhatsApp palsu, isu Direct Debit CIMB tiada kaitan dengan Zoom

Mesej WhatsApp palsu, isu Direct Debit CIMB tiada kaitan dengan Zoom

10 April 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER