• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sultan arah solat jumaat dan aktiviti keagamaan ditangguh sehingga 31 Mei

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:02 pm
  • 13/04/2020
  • Komen
Sultan arah solat jumaat dan aktiviti keagamaan ditangguh sehingga 31 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Sehingga 31 Mei 2020, semua aktiviti keagamaan termasuk solat jumaat, solat berjemaah dan aktiviti ceramah di masjid serta surau di negeri Selangor ditangguhkan, berkuatkuasa serta merta.

Arahan berkenaan dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dilaksanakan sebagai salah satu langkah untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di negeri itu.



Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, keputusan itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas, antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 13 April 2020.

Jelasnya, dalam tempoh penangguhan ini, solat jumaat boleh digantikan dengan solat fardhu zuhur dan solat terawih pula dilakukan di rumah.



Sultan Sharafuddin juga bertitah, bahawa arahan baharu berhubung aktiviti keagamaan di masjid dan surau akan dikeluarkan, sekiranya wabak COVID-19 dapat dibendung lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, baginda turut menasihatkan rakyat supaya lebih serius dalam melaksanakan langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19. Ia termasuk duduk di rumah, menjaga kebersihan diri dan kesihatan serta mengamalkan penjarakan sosial. Harapan baginda, supaya tidak ada lagi rakyat negeri ini yang akan dijangkiti dan meninggal dunia akibat wabak COVID-19.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menyebarkan berita palsu, bagi mengelakkan kegelisahan dalam kalangan rakyat.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, turut mencadangkan agar penangguhan aktiviti masjid dan surau, dilanjutkan sehingga PKP berakhir

Menurut beliau cadangan itu sesuai titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah, agar rakyat jelata mendirikan solat di rumah atau di tempat masing-masing.

Sukar hendak dipastikan sampai bila kita perlu mendepani wabak COVID-19. Jika kita patuh PKP dengan serius, kemungkinan rantaian jangkitan dapat diputuskan dengan cepat. Jika tidak, mungkin solat sunat Aidilfitri tahun ini juga terpaksa ditangguhkan.

Sumber: Pejabat DiRaja Selangor, Bernama

Tags: COVID-19Solat Jumaat
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Sultan arah solat jumaat dan aktiviti keagamaan ditangguh sehingga 31 Mei

Sultan arah solat jumaat dan aktiviti keagamaan ditangguh sehingga 31 Mei

13 April 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN