• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP: Permohonan balik dari kampung perlu dibuat di aplikasi GERAK MALAYSIA

  • OLEH Najib
  • 12:07 pm
  • 26/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini telah mengeluarkan panduan, cara-cara untuk memohon permit pergerakan untuk pulang ke bandar. Ia merupakan kebenaran satu kali yang diluluskan oleh kerajaan untuk membolehkan orang ramai yang pulang ke kampung sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac, balik ke rumah masing-masing di bandar.

Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian, sekaligus mengelakkan orang ramai daripada berpusu-pusu di Balai Polis. Permohonan secara atas talian ini perlu dibuat menggunakan aplikasi GERAK MALAYSIA yang boleh dimuat turun di Apple Appstore, Google Playstore dan Huawei AppGallery.



Permohonan ini juga dibuka dari 26 April jam 12.01 tengah malam sehingga 29 April 2020. Melalui aplikasi GERAK MALAYSIA, pemohon yang telah berdaftar akan memiliki kod QR unik, yang boleh digunakan untuk diimbas dan diperiksa oleh anggota bertugas di sekatan jalan raya. Ia boleh memastikan dengan cepat sama ada pemohon memiliki kebenaran untuk bergerak merentas negeri.

Pendaftaran di dalam aplikasi ini memerlukan pemohon memasukkan semua maklumat peribadi dengan tepat. Selain itu, pemohon juga perlu memberi kebenaran kepada aplikasi ini untuk akses ke LOKASI GPS SEPANJANG MASA. Ia bagi membolehkan aplikasi mengesahkan lokasi pemohon sekaligus meluluskan permit pergerakan.



Dengan aplikasi GERAK MALAYSIA, ia dapat memudahkan tugas PDRM untuk mengenal pasti mereka yang telah mendapat kelulusan permit pergerakan, serta menyediakan jadual perjalanan bagi melancarkan lagi operasi. Bagi memudahkan pergerakan, jadual perjalanan yang dirancang adalah seperti berikut:

  • 1 Mei 2020 – Dari Perak, Johor dan Kelantan
  • 2 Mei 2020 – Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
  • 3 Mei 2020 – Dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu

Perjalanan harus dilakukan pada hari yang ditetapkan mengikut permit pergerakan yang diluluskan. Maklumat lanjut akan diumumkan PDRM pada 29 April 2020.

Selain daripada permohonan permit pergerakan rentas negeri, permohonan permit pergerakan lain juga akan disediakan menerusi aplikasi GERAK MALAYSIA. Antaranya membeli barang keperluan dalam lingkungan 10km, mendapatkan rawatan perubatan, keadaan kecemasam sperti kematian ahli keluarga dan lain-lain aktiviti keperluan lain seperti membaiki kenderaan dan peralatan di rumah.

PDRM juga mengingatkan orang ramai agar membuat permohonan bagi tujuan perjalanan yang benar-benar perlu sahaja dan tidak menyalahgunakan kemudahan ini.

Sumber: PDRM

Tags: Gerak MalaysiapdrmPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025

PKP: Permohonan balik dari kampung perlu dibuat di aplikasi GERAK MALAYSIA

26 April 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER