• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sega umum Game Gear Micro sempena ulang tahun ke-60

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:05 am
  • 04/06/2020
  • Komen
Sega umum Game Gear Micro sempena ulang tahun ke-60
Share on FacebookShare on Twitter

Melangkaui usia setengah abad, Sega adalah satu nama yang tetap mekar dalam kalangan gamers generasi 90-an walaupun sekarang mereka lebih tumpukan pada penghasilan games berbanding perkakasan. Bersempena dengan ulang tahun ke-60, Sega ingin menyambutnya dengan 4 Game Gear yang dikecilkan menjadi saiz kad kredit saja dan digelar Game Gear Micro.

https://www.youtube.com/watch?v=ZJD0VZQzK1s&feature=emb_title

Saiz kenitnya menunjukkan yang ia bukanlah direka untuk praktikaliti sebaliknya sebagai collectibles. Mengambil rekaan berasaskan Game Gear yang dilancarkan dalam tahun 1990, ia miliki paparan 1.15”. Untuk perspektif, muka jam Apple Watch series 5 pun bersaiz 1.7”.



Seperti orang niaga berfikir, Sega juga lancarkan aksesori Big Window untuk perbesarkan paparan menggunakan kanta plastik untuk maksimumkan punggutan.

Game Gear Micro hadir dalam empat warna dan setiap warna didatangkan dengan 4 permainan yang berlainan, satu lagi strategi memaksimumkan kutipan. Berikut adalah senarai permainan yang boleh anda main untuk setiap warna model.



Hitam

  • Sonic the Hedgehog
  • Puyo Puyo 2
  • Out Run
  • Royal Stone

Biru

  • Sonic Chaos
  • Gunstar Heroes
  • Sylvan Tale
  • Baku Baku Animal

Kuning

  • Shining Force Gaiden
  • Shining Force: The Sword of Hajya
  • Shining Force Gaiden: Final Conflict
  • Nazo Puyo: Arle no Ru

Merah

  • Revelations: The Demon Slayer
  • Megami Tensei Gaiden: Last Bible Special
  • The G.G. Shinobi
  • Columns

Game Gear Micro akan menemui peminat di pasaran Jepun terlebih dahulu pada 6 Oktober 2020 pada harga JPY 4980 (RM193).

Untuk pengguna yang lebih bijak, Raspberry Pi adalah penyelesaian terbaik untuk permainan retro. Dengannya, anda boleh main permianan sehingga ke platform Playstation One.

Tags: game gear microsega
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sega umum Game Gear Micro sempena ulang tahun ke-60

Sega umum Game Gear Micro sempena ulang tahun ke-60

4 June 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN