Menerusi inisiatif #TogetherAhead, Jobstreet memperkenalkan tanda pagar #WorkNow bagi memudahkan pencari kerja menjadikan profil lebih menonjol dalam usaha mereka mencari pekerjaan.
Pengurus Besar (Negara) Jobstreet, Gan Bock Herm berkata, pihaknya komited dalam usaha untuk membantu orang ramai memperoleh pekerjaan terutama dalam keadaan pandemik COVID-19 dan jangkaan lebih 2 juta rakyat Malaysia yang bakal kehilangan kerja.
Dengan menggunkan tanda pagar #WorkNow di profil, resume pemohon kerja di Jobstreet akan lebih mendapat perhatian bakal majikan. Ia juga sebagai tanda bahawa pemohon bersedia untuk kembali bekerja dalam kadar segera.
Untuk menggunakan #WorkNow, pengguna hanya perlu:
- Daftar masuk di laman web Jobstreet
- Klik Update My Profile
- Pergi ke Additional info
- Klik pada ikon pensil
- Taip #WorkNow di ruangan Other Information
Untuk maklumat lanjut berkenaan #WorkNow, orang ramai boleh ke pautan ini.
Terdahulu, Jobstreet telah melancarkan insiatif #TogetherAhead sebagai usaha untuk membantu rakyat Malaysia mendapat kembali pekerjaan terutama buat mereka yang diberhentikan semasa tempoh pandemik COVID-19.
Sepanjang inisiatif ini, Jobstreet telah melaksanakan langkah dengan memudahkan carian pekerjaan menerusi hub COVID-19 Jobs and Resources. Ia merupakan sumber rujukan untuk pencari kerja mendapatkan tips dan maklumat berhubung peluang pekerjaan dan kelayakan yang diperlukan.