• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tukar beli jam lama kepada jam pintar Garmin Forerunner sambil menderma ke badan kebajikan

  • OLEH Najib
  • 4:21 pm
  • 10/06/2020
  • Komen
Tukar beli jam lama kepada jam pintar Garmin Forerunner sambil menderma ke badan kebajikan
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin Malaysia hari ini mengumumkan promosi tukar beli jam pintar siri Forerunner mereka, yang berjalan dari 5 hingga 30 Jun 2020. Dalam promosi ini, semua jam tangan lama yang ditukar beli, akan didermakan kepada Shelter Home for Children, sebuah rumah kebajikan yang menjaga kanak-kanak.

Ia merupakan satu inisiatif dari Garmin Malaysia untuk mendidik masyarakat tentang kelebihan pemantauan kesihatan mengunakan peranti pintar, sambil menjalankan gaya hidup sihat. Selain itu, Garmin Malaysia juga berharap ia akan memberi manfaat kepada kehidupan seharian kanak-kanak di rumah kebajikan Shelter Home for Children.



Terdapat 5 model jam pintar Garmin Forerunner yang terlibat dalam promosi tukar beli ini. Model dan rebat yang diberikan adalah seperti berikut:

  1. Garmin Forerunner 45 (Harga Rasmi RM999) – Rebat RM200
  2. Garmin Forerunner 245 (Harga Rasmi RM1,450) – Rebat RM251
  3. Garmin Forerunner 245 Music (Harga Rasmi RM1,699) – Rebat RM300
  4. Garmin Forerunner 245 Music Japan Edition (Harga Rasmi RM1,799) – Rebat RM300
  5. Garmin Forerunner 945 (Harga Rasmi RM2,999) – Rebat RM300
  • Forerunner 245
  • Forerunner 245 Music
  • Forerunner 245 Music Japan Edition
  • Forerunner 945

Garmin menerima apa jua jam tangan untuk ditukar beli. Jam lain seperti jam dinding atau jam penggera tidak diterima. Jika menukar beli jam tangan pintar, ia perlu disertakan bersama pengecas. Setiap orang boleh menukar beli satu kali sahaja dalam program ini.



Program tukar beli ini boleh didapati di semua kedai Garmin dan pengedar rasmi Garmin. Senarai dan lokasi kedai yang terlibat boleh dirujuk di laman Promosi Tukar Beli Garmin Malaysia.

Jika anda berminat menjalankan gaya hidup aktif bersama jam pintar Garmin, lekas sertai program tukar beli ini di kedai Garmin berhampiran. Promosi ini berjalan sehingga 30 Jun 2020 sahaja.

Tags: garmingarmin forerunner 245garmin forerunner 245 musicgarmin forerunner 245 music edisi jepungarmin forerunner 45garmin forerunner 945
Najib

Najib

POPULAR

Tukar beli jam lama kepada jam pintar Garmin Forerunner sambil menderma ke badan kebajikan

Tukar beli jam lama kepada jam pintar Garmin Forerunner sambil menderma ke badan kebajikan

10 June 2020
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN