• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GrabProtect inisiatif cegah penularan COVID-19 sepanjang pelaksanaan PKPP

  • OLEH Ghazali Alias
  • 8:05 pm
  • 10/06/2020
  • Komen
GrabProtect inisiatif cegah penularan COVID-19 sepanjang pelaksanaan PKPP
Share on FacebookShare on Twitter

Grab memperkenalkan GrabProtect. Ia merangkumi tiga inisiatif iaitu pertama, pengenalan ciri baru dalam aplikasi. Kedua pula penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kebersihan. Ketiga, pengagihan kit kebersihan.

Berdasarkan kenyataan Grab, GrabProtect merupakan usaha pihaknya untuk mengekang penularan wabak COVID-19 yang dikhuatiri kembali meningkat, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).



Memperkenalkan ciri pengisytiharan kesihatan dan kebersihan

Dalam masa terdekat di bulan Jun 2020, semua pengguna aplikasi Grab perlu mengisytiharkan tahap kesihatan mereka sebelum mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Ciri ini juga telah tersedia di aplikasi Grab Driver buat rakan pemandu dan penghantar sejak bermulanya pandemik COVID-19.

Ciri pengisytiharan kesihatan dan kebersihan memerlukan semua pemandu, penghantar dan penumpang untuk mengisytiharkan perkara-perkara seperti berikut:



  • Tidak menunjukkan simptom COVID-19
  • Tidak mempunyai hubungan rapat dengan pesakit COVID-19 dalam 14 hari terakhir
  • Telah mengambil langkah keselamatan dan kebersihan yang diperlukan
  • Telah menjawab soalan kesihatan di aplikasi MySejahtera

Penguatkuasaan Piawaian Keselamatan dan Kebersihan

Grab telah melakukan kemas kini ciri penarafan dan maklum balas serta pusat bantuan dalam aplikasinya. Ia diperkemas bagi memudahkan pengguna melaporkan sebarang masalah berkaitan kesihatan dan kebersihan daripada mana-mana pihak.

Buat masa ini Grab telah mengarahkan semua pemandu dan penghantar supaya mengamalkan langkah pencegahan dan memakai topeng pelindung hidung dan mulut sewaktu bertugas. Kini, perkara sama turut dikenakan kepada penumpang.

Sekiranya berlaku insiden, salah satu pihak tidak mengikut garis panduan ditetapkan, perkhidmatan yang ditempah boleh dibatalkan oleh mana-mana pihak. Mereka juga boleh membuat pilihan alasan, “pemandu atau penumpang tidak memakai topeng”.

Mengagihkan kit kebersihan

Menerusi kerjasama dengan Dettol, Grab telah membeli barangan kesihatan pada harga diskaun, untuk diberikan secara percuma kepada rakan pemandu dan penghantar di seluruh negara.

Setakat ini sebanyak 1 juta topeng muka dan kit kebersihan, yang mengandungi pelbagai barangan termasuk pembersih tangan dan semburan pembasmi kuman telah diagihkan kepada lebih 100,000 rakan pemandu dan penghantar di 37 buah bandar.

Grab turut menyediakan perkhidmatan pembasmian kuman untuk kereta dan beg penghantaran pada harga subsidi. Pemandu dan penghantar boleh mendapatkan perkhidmatan berkenaan di lokasi-lokasi terpilih.

Grab turut menyediakan perkhidmatan pembasmian kuman untuk kereta dan beg penghantaran secara subsidi, kepada pemandu dan penghantar di lokasi terpilih.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh ke laman web Grab di pautan ini.

Tags: COVID-19GrabGrabProtectPKPP
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
GrabProtect inisiatif cegah penularan COVID-19 sepanjang pelaksanaan PKPP

GrabProtect inisiatif cegah penularan COVID-19 sepanjang pelaksanaan PKPP

10 June 2020
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN