• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kuasa tular Veveonah buatkan TM turun padang tinjau Internet di sana

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:11 am
  • 19/06/2020
  • Komen
Kuasa tular Veveonah buatkan TM turun padang tinjau Internet di sana
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tertularnya video Veveonah memanjat pokok untuk menjawab ujian dalam talian tempoh hari, pihak Telekom Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menjejak mahasiswi tersebut yang tinggal di Kampung Sapatalang dekat daerah Pitas, Sabah. Yang turun padang untuk menyelami kepayahan Veveonah sendiri ialah pengarah rantau untuk TM, Hj Mohd Sainal Mohd Amin.

Pasukan TM Sabah memaklumkan mereka sedang mengkaji cara yang terbaik untuk menambah baik kualiti capaian Internet di kawasan tempat Veveonah tinggal. Buat masa ini, Veveonah sekeluarga tinggal di sebuah gereja kerana rumah mereka sedang diubah suai.



Dalam hal yang berkaitan, SKMM turut mengeluarkan kenyataan tentang liputan Internet kawasan Kampung Sapatalang. Pihak mereka memaklumkan yang kawasan tersebut akan ditambah baik ketersambungannya di bawah NFCP Fasa 1. Bermakna dalam masa terdekat, pihak telco yang bertanggungjawab dikehendaki menyelubungi Kampung Sapatalang dengan isyarat 3G dan 4G dan perlu membekalkan sambungan berkepantasan purata 30Mbps.

https://youtu.be/-qxTyBWVLIU

Buat masa ini, lokasi tersebut hanya menerima isyarat 3G, itupun daripada pencawang yang letaknya 1.4km daripada kampung.



Setakat artikel ini ditulis, saluran YouTube Veveonah sudah pun melewati angka 60 ribu subscribers.

Sumber: Facebook

Tags: Tekekom MalaysiaTM
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kuasa tular Veveonah buatkan TM turun padang tinjau Internet di sana

Kuasa tular Veveonah buatkan TM turun padang tinjau Internet di sana

19 June 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN