Kelemahan terbesar peranti Android berbanding iPhone ialah, pendeknya hayat naik taraf sistem operasi. Kebiasaannya, pengeluar memberikan hanya dua kali naik taraf Android, berbanding iPhone yang dilihat memberi sehingga 5 kali naik taraf iOS.
Samsung yang sebelum ini menjamin dua kali naik taraf Android untuk peranti flagshipnya, kini mengumumkan akan memberi tiga kali naik taraf Android. Tetapi ia bukan untuk semua, sebaliknya untuk peranti flagship dan peranti kelas pertengahan terpilih sahaja.
Senarai peranti yang dijamin Samsung akan menerima tiga kali naik taraf Android adalah:
Siri Galaxy S
- Galaxy S20 Ultra 5G
- Galaxy S20 Ultra
- Galaxy S20+ 5G
- Galaxy S20+
- Galaxy S20 5G
- Galaxy S20
- Galaxy S10 5G
- Galaxy S10+
- Galaxy S10
- Galaxy S10e
- Galaxy S10 Lite
- dan siri Galaxy S akan datang
Siri Galaxy Note
- Galaxy Note20 Ultra 5G
- Galaxy Note20 Ultra
- Galaxy Note20 5G
- Galaxy Note20
- Galaxy Note10+ 5G
- Galaxy Note10+
- Galaxy Note10 5G
- Galaxy Note10
- Galaxy Note10 Lite
- dan siri Galaxy Note akan datang
Siri Galaxy boleh lipat
- Galaxy Z Fold2 5G
- Galaxy Z Fold2
- Galaxy Z Flip 5G
- Galaxy Z Flip
- Galaxy Fold 5G
- Galaxy Fold
- dan siri Galaxy Z akan datang
Siri Galaxy A
- Galaxy A71 5G
- Galaxy A71
- Galaxy A51 5G
- Galaxy A51
- Galaxy A90 5G
- dan siri Galaxy A terpilih akan datang
Siri Galaxy Tab S
- Galaxy Tab S7+ 5G
- Galaxy Tab S7+
- Galaxy Tab S7 5G3
- Galaxy Tab S7
- Galaxy Tab S6 5G4
- Galaxy Tab S6
- Galaxy Tab S6 Lite
- dan siri Galaxy Tab S akan datang
Contohnya, untuk Galaxy S10 ia dilancarkan bersama Android 9 Pie. Galaxy S10 telah menerima naik taraf Android 10 dan akan menerima naik taraf Android 11, serta satu lagi Android selepas itu.
Masalah naik taraf Android
Walaupun jaminan tambahan ini diberikan, satu lagi masalah naik taraf Android ialah waktu ia dilepaskan. Misalnya, Galaxy S10 mula menerima naik taraf Android 10 pada November 2019. Bagi Galaxy Note 10 pula, ia menerima naik taraf Android 10 seawal Disember 2019. Bagi model lain, ia lebih lewat dari ini.
Selain dari perbezaan model, lokasi juga memainkan peranan. Negara berlainan akan menerima naik taraf Android pada masa berbeza. Ini menunjukkan betapa kompleksnya naik taraf Android, kerana ia bergantung kepada usaha pengeluar peranti.
Walaubagaimanapun, usaha Samsung ini adalah langkah yang harus dipuji. Ia boleh memberi kelegaan kepada pembeli bagi menggunakan peranti untuk jangka masa lebih lama sebelum bertukar. Apatah lagi untuk peranti kelas flagship, ia boleh berfungsi dengan baik untuk masa lebih panjang. Jadi naik taraf tiga kali ini memang sangat wajar.
Selain Samsung, OnePlus juga telah memberi tiga kali naik taraf Android untuk peranti mereka, walaupun ia bukan dijamin sebelum ini. OnePlus 5 yang dilancarkan pada tahun 2017 bersama Android 7 Nougat, kini telah menerima naik taraf Android 10.
Dengan jaminan Samsung ini, pembelian peranti flagship kini lebih wajar kerana ia menerima naik taraf sistem operasi lebih panjang. Pengguna tidak perlu lagi risau isu keselamatan perisian, selain dapat menikmati peranti yang masih berfungsi dengan baik selepas 3 tahun.
Sumber: Samsung