• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C12 Music Bundle dijual lebih mahal dari Realme C3

  • OLEH Najib
  • 1:35 pm
  • 25/08/2020
  • Komen
Satu lagi telefon Realme di bawah RM500 akan dilancar minggu hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun ini Realme melancarkan terlalu banyak model telefon pintar, sehingga susah untuk membezakan antara satu sama lain. Hari ini, Realme Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar Realme C12, dengan bateri super mega 6,000mAh.

Bersama kedatangan Realme C12 adalah fon telinga berwayar Realme Buds Classic. Ia menampilkan rupa fon telinga berwayar tidak menonjol, dengan rekaan separa di dalam telinga dan pemacu bunyi besar.



Harga jualan Realme C12 dan Realme Buds Classic di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Realme C12 (3GB + 32GB) + Buds Classic – RM529
  • Realme Buds Classic – RM59

Tarikh jualan fon telinga Realme Buds Classic masih belum diumumkan, tetapi ia akan dijual secara eksklusif di Lazada tidak lama lagi. Bagaimanapun, ia boleh diperolehi apabila dibeli bersama Realme C12.



Telefon pintar Realme C12 akan dijual di Malaysia bermula hari ini, secara eksklusif dalam talian di Lazada sahaja. Ia dijual bersama Realme Buds Classic dalam gabungan yang dipanggil Music Bundle, pada harga RM529.

Jualan di kedai fizikal pula akan bermula pada 31 Ogos 2020, di semua pengedar sah Realme. Pembelian hari pertama ini akan datang bersama hadiah percuma berupa skrin dengan kanta pembesar dan casing lutsinar.

Tetapi khusus di Stor Jenama Realme, pembelian Realme C12 bersama Buds Classic pada 31 Ogos akan menerima lebih banyak hadiah percuma iaitu skrin dengan kanta pembesar, casing lutsinar, baucar bernilai RM250 dan kotak hadiah. Semua hadiah percuma ini diberikan selagi stok masih ada.

Bagaimanapun, harga jualan Realme C12 agak mengelirukan kerana Realme C3 yang lebih berkuasa, dijual pada harga RM499 sahaja. Manakala Realme C11 yang memiliki bateri lebih kecil dan kurang fungsi, berharga RM479. Jika harga Realme C12 ditolak dari harga Realme Buds Classic, bermakna harganya ialah RM470. Pening.

Jika belum jelas, kita kena teliti spesifikasi Realme C12. Peranti ini dikuasakan oleh cip Mediatek Helio G35 yang sama dengan Realme C11, tetapi lebih rendah dari Helio G70 di Realme C3. Bateri di dalam Realme C12 sebesar 6,000mAh, dicas melalui mikroUSB dengan tenaga 10W sahaja.

Skrinnya berukuran 6.5-inci HD 720p dari jenis LCD, dengan takuk kecil di atas memuatkan kamera hadapan 5MP F2.0. Di belakang, ia dipasang tiga kamera iaitu kamera utama 13MP F2.2, kamera hitam putih 2MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4. Pengimbas capjari juga terdapat di belakang, sesuatu yang tiada di Realme C11.

Terdapat dua warna disediakan untuk Realme C12 di Malaysia, iaitu biru dan merah.

Jika anda ada bajet sekitar RM500, Realme C12 adalah pilihan yang baik jika mahu bateri paling besar. Tetapi kalau mahu prestasi lebih baik, dinasihatkan untuk mendapatkan Realme C3.

Tags: RealmeRealme Buds ClassicRealme C12
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Satu lagi telefon Realme di bawah RM500 akan dilancar minggu hadapan

Realme C12 Music Bundle dijual lebih mahal dari Realme C3

25 August 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER