• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Coros Pace 2, jam sukan dengan GPS aktif sehingga 30 jam berharga di bawah RM1,000

  • OLEH Najib
  • 12:09 pm
  • 28/08/2020
  • Komen
Coros Pace 2, jam sukan dengan GPS aktif sehingga 30 jam berharga di bawah RM1,000
Share on FacebookShare on Twitter

Pasaran masa kini semakin dilambakkan dengan pelbagai jam kecergasan untuk kegunaan pelbagai jenis sukan. Antara jenama popular dalam arena jam kecergasan ialah Garmin, Polar dan Suunto. Tetapi harganya yang amat mahal, melebihi RM1,000 sering menjadi hanya mimpi buat ramai penggemar kecergasan.

Tetapi sedikit demi sedikit, muncul jenama baharu yang berjaya menghasilkan jam kecergasan yang memiliki fungsi yang sama, pada harga lebih rendah. Salah satunya ialah Coros, yang memperkenalkan produk pertama mereka pada tahun 2016 di Kickstarter, dan baru melancarkan jam kecergasan terbaru mereka, Coros Pace 2.



Berita baiknya, ia akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi dengan harga bermula dari bawah RM1,000.

Spesifikasi

Coros menambah banyak naik taraf di dalam Pace 2 berbanding model sebelumnya. Antara perkara yang ditekankan ialah ia adalah jam sukan dengan GPS terbina paling ringan di dunia. Bersama tali nilon yang dijual berasingan, beratnya hanyalah 29 gram sahaja. Tetapi ia datang bersama tali silikon di dalam kotak, yang menjadikannya masih sangat ringan, hanya 36 gram.



Keringanan Pace 2 disumbang oleh rekaannya yang lebih kecil. Ia kini memiliki badan jam berdiameter 42mm tetapi dengan saiz skrin sama, 1.2-inci. Dengan badan lebih kecil, ia turut memuatkan bateri lebih kecil. Tetapi ini tidak memberi impak kepada penggunaannya.

Bateri di dalam Coros Pace 2 boleh memberi tenaga sehingga 20 hari penggunaan biasa, termasuk pemantauan denyutan jantung sepanjang masa. Dengan GPS aktif berterusan, ia boleh digunakan sehingga 30 jam. Jika perlukan GPS lebih lama, mod Ultramax membolehkan ia digunakan sehingga 60 jam berterusan.

Butang pada Pace 2 telah dikurangkan kepada dua sahaja. Salah satu darinya ialah butang kawalan dail digital. Ini menjadikan penggunaan yang lebih mudah untuk memantau tahap kecergasan, denyutan jantung dan lain-lain dengan hanya sebelah tangan.

Pemantau Kecergasan

Perkara paling penting tentulah pemantauan kecergasan. Coros Pace 2 kini memiliki pemproses dengan 1.5x lebih berkuasa, serta storan jauh lebih besar dari model sebelumnya. Ini membolehkan ia memiliki lebih 200 mod aktiviti kecergasan antaranya larian, basikal, gym, jogathon, serta berenang, kerana ia kalis air sehingga 5 ATM.

Lebih menarik lagi, Pace 2 turut memiliki mod marathon, duathlon dan triathlon. Ini membolehkan aktiviti gabungan larian, basikal dan berenang direkodkan dalam satu bacaan. Apatah lagi dengan GPS terbina, ia tidak memerlukan sambungan peranti untuk mencatat semua pergerakan semasa beraktiviti.

Pace 2 turut memenuhi keperluan pengguna yang mahu beraktiviti waktu malam menerusi mod Night. Ia membenarkan lampu latar dihidupkan sepanjang masa agar senang melihat bacaan, tetapi dengan tahap kecerahan rendah.

Jika perlukan bacaan denyutan jantung yang lebih tepat, Pace 2 boleh bersambung ke pemantau denyutan jantung yang dipasang di dada atau sensor lain, menerusi Bluetooth dan ANT+.

Harga dan Tarikh Jualan

Jam kecergasan Coros Pace 2 akan dibuka tempahan awalnya dari 31 Ogos sehingga 21 September 2020. Ia dijangka akan dijual di Malaysia bermula dari 23 September 2020.

Harga jualannya telah ditetapkan pada RM899 sahaja, satu tanda harga yang sangat rendah berbanding pengeluar lain, yang meletakkan harga melebihi RM1,000 untuk jam kecergasan mereka.

Tempahan awal Coros Pace 2 boleh dibuat menerusi Stor Rasmi Coros di Lazada, dari 31 Ogos sehingga 21 September 2020. 100 tempahan terawal akan menerima beg gym dan botol air 600ml percuma. Tetapi khas untuk 10 pembeli paling awal, akan turut menerima topi khas Coros.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jam kecergasan ini, layari laman produk Coros Pace 2.

Bersempena pelancaran Pace 2, Coros akan turut mengadakan acara larian maya dalam 2 kategori, 10km dan 21km. Peserta turut berpeluang memenangi hadiah dalam cabutan bertuah, berupa jam Coros Pace 2 dan fon kepala Oppo Enco W31. Maklumat lanjut larian ini akan diumum di Facebook Coros Malaysia tidak lama lagi.

Kenali jam sukan mampu milik ini denganlebih lanjut, menerusi video yang dihasilkan rakan kami di SoyaCincau.

Tags: CorosCoros Pace 2
Najib

Najib

POPULAR

Coros Pace 2, jam sukan dengan GPS aktif sehingga 30 jam berharga di bawah RM1,000

Coros Pace 2, jam sukan dengan GPS aktif sehingga 30 jam berharga di bawah RM1,000

28 August 2020
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN