FGV Holdings Bhd. dilapor akan memanfaatkan teknologi dompet digital untuk uruskan pembayaran gaji kakitangan mereka. FGV telahpun lakukan ujian rintis di Gua Musang keatas 1,500 kakitangan di 11 estet kendalian mereka.
Menurut mereka, kira-kira RM1 juta boleh dijimatkan setahun jika e-dompet digunakan.
Pihak yang dilantik untuk mengendalikan e-wallet ini ialah Merchantrade Asia Sdn. Bhd. melalaui palikasi Merchantrade Money. Bersama-sama dengan akaun e-wallet, kakitangan juga akan diberikan kad prepaid Visa untuk lakukan transaksi tanpa tunai.
Bukan saja e-wallet ini boleh menerima gaji, ia juga boleh digunakan untuk menghantar wang keluar negara.
Selain hal gaji, FGV menyasarkan untuk memperluas penggunaan penyelesaian digital keatas beberapa hal pentadbiran lain seperti e-kedatangan, e-cuti, dan e-pembelajaran.