Hari ini 1 Mac adalah hari pembukaan tempahan Galaxy S9 dan S9+ di Malaysia. Tempahan awal ini dibuka oleh Samsung Malaysia dari 1 Mac hingga 4 Mac 2018. Sudah pasti ada kelebihan untuk mereka yang membuat tempahan awal ini.
Samsung Galaxy S9 dan S9+ dijual dalam tiga warna iaitu Lilac Purple, Coral Blue dan Midnight Black. Kecuali untuk Galaxy S9+ 256GB, hanya terdapat dalam warna Midnight Black sahaja. Harga jualan adalah seperti berikut:
- Galaxy S9 64GB – RM3,299
- Galaxy S9+ 64GB – RM3,799
- Galaxy S9+ 128GB – RM3,999
- Galaxy S9+ 256GB – RM4,399
Tempahan awal ini boleh dibuat menerusi laman tempahan Samsung Galaxy S9 Malaysia. RM300 deposit diperlukan untuk membuat tempahan ini, dan baki tempahan boleh dibuat semasa mengambil telefon. Samsung turut menawarkan bayaran ansuran untuk kad kredit terpilih.
Antara kelebihan untuk mereka yang membuat tempahan awal ini adalah dapat menerima lebih awal dari yang lain. Penempah boleh mengambil tempahan mereka dari cawangan terpilih bermula dari 9 Mac hingga 15 Mac 2018.
Selain itu, semua tempahan awal akan turut menerima hadiah percuma speaker Bluetooth Harman Kardon Ony Mini bernilai RM699.
Samsung juga menyediakan program tukar tebus telefon lama kepada rebat untuk membeli Galaxy S9 dan S9+. Pelbagai model telefon pintar diterima seperti iPhone 6, iphone 8 Plus, Huawei Mate 8, Huawei P8 dan OPPO F5.
Untuk telefon Samsung sendiri, trade up diterima untuk model seperti Galaxy A7, Galaxy Note 3 dan Galaxy S5. Bagi Galaxy S7 Edge contohnya, dalam keadaan terbaik rebat diberikan sehingga RM1,250. Maklumat lanjut program trade-up ini bole dirujuk di sini.
Selain membuat tempahan awal menerusi laman tempahan Samsung Malaysia, terdapat beberapa cara lain tempahan awal juga boleh dibuat. Antaranya di Harvey Norman, Senheng, senQ, 11street, Lazada dan Shopee. Tawaran dari telco bersama kontrak juga tersedia dari Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile. Kita nantikan pengumuman mereka.