(Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Boost)
Kerajaan Malaysia telah melancarkan program ePENJANA pada bulan Ogos lepas. Ia merupakan sebahagian dari pelan pemulihan ekonomi negara akibat wabak COVID-19. Semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000, layak menerima bantuan ini dalam bentuk kredit RM50 di dalam eWallet. Ia juga adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan penggunaan eWallet di kalangan pengguna.
Jika anda layak dan masih belum menebus kredit ePENJANA dengan Boost, jangan tunggu lagi. Program bantuan ini akan tamat pada 30 September 2020. Ikuti langkah-langkah untuk menebus RM50 kredit ePENJANA melalui Boost di sini.
Boost menyediakan banyak ganjaran dan memastikan semua orang sentiasa terhubung. Ini ada tiga ganjaran yang anda tidak boleh lepaskan.
1. Ganjaran Cashback melebihi RM100
Dengan Boost, anda boleh menikmati banyak penjimatan bernilai lebih RM100 di dalam kempen Boost Rakyat Cashback dari pelbagai pilihan rakan-rakan Boost.
Semua pengguna Boost boleh menggunakan ganjaran Rakyat Cashback sehingga 30 September, walaupun anda tidak layak menebus kredit RM50 ePENJANA. Dalam tempoh ini, pelanggan Boost yang berbelanja nilai minima dalam satu transaksi dan menggunakan Boost sebagai pembayaran dari rakan Boost terpilih, anda layak menerima cashback secara terus di dalam Partner Wallet Boost. Ganjaran ini mesti digunakan selewat-lewatnya pada 7 Oktober 2020, jadi tebus RM50 anda sementara ia boleh digunakan.
Anda boleh membelanjakan cashback ini di mana-mana cawangan rakan Boost. Raikan dengan kek di Secret Recipe, nikmati ayam panggang di Kenny Rogers Roasters, legakan dahaga dengan teh boba di Tealive, makan roti bakar di Old Town White Coffee dan nikmati penjimatan di Watsons, Petron, Mydin, Sushi King, Tesco, Bata, Setel eksklusif di Petronas, perlindungan insuran Great Eastern dan banyak lagi. Sentiasa semak instagram Boost untuk mendapatkan tawaran terkini.
Macam mana cara nak gunakan ganjaran Partner Wallet? Mudah sahaja. Hanya imbas dan bayar seperti biasa, dan ganjaran tersebut akan digunakan secara automatik.
2. YouTube tanpa had hanya RM33/bulan? Hanya dengan pascabayar Celcom XP Lite dan Boost
Penjimatan yang besar boleh dinikmati pengguna internet mudah alih, memandangkan ia begitu banyak digunakan apabila terpaksa bekerja dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa sebelum ini. Apabila anda menebus kredit ePENJANA dengan Boost, anda turut menerima baucar pascabayar Celcom XP Lite, bernilai RM60. Baucar ini memberikan diskaun RM5 selama 12 bulan, jadi anda hanya perlu membayar RM33/bulan untuk panggilan tanpa had, 8GB data kegunaan sepanjang masa dan strim YouTube tanpa had. Sangat menakjubkan.
Walaupun anda sudah melanggan pelan internet lain, tawaran Celcom yang penuh penjimatan ini boleh dikongsikan kepada keluarga atau rakan anda. Biasanya pelan pascabayar sangat mahal, tetapi XPAX dan Boost menjadikannya fleksibel dan lebih mampu dimiliki.
3. #KasiTambah hadiah cabutan bertuah: Perodua Myvi, Yamaha Y15ZR, gajet Samsung dan banyak lagi!
Dengan menebus dan membelanjakan kredit ePENJANA anda di Boost, anda juga secara automatik layak menyertai cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah yang istimewa, iaitu:
- Kereta Perodua Myvi
- Motorsikal Yamaha Y15ZR
- Telefon Pintar Samsung Galaxy S20 Ultra
- TV Pintar Samsung 50-inci 4K UHD
- Baucar Shopee RM100
- Partner Wallet Petrol RM50
- Partner Wallet Barangan Dapur RM50
- Partner Wallet Makanan & Minuman RM50
- Partner Wallet Kesihatan & Kecantikan RM50
Ini adalah perkara terbaik apabila anda menebus ePENJANA bersama Boost. Ganjaran terhebat apabila dapat berjimat, menang dan terima lebih banyak ganjaran.
Tetapi ingat, kempen ini hanya berjalan sehingga 30 September 2020 sahaja. Jadi anda harus membelanjakan kredit ePENJANA sekarang, sementara masih ada peluang untuk anda dinobatkan sebagai salah seorang pemenang bulanan!
Dah tebus RM50 ePENJANA? Mula berbelanja di rakan online dan offline Boost sekarang
Anda boleh membelanjakan kredit RM50 ePENJANA di platform online dan offline, seperti mana anda membeli-belah menggunakan wang tunai anda di Boost Wallet. Dengan rakan niaga yang meluas, anda boleh memilih untuk membelanjakan RM50 itu pada makan tengahari yang lazat, atau gunakannya secara lebih berfaedah dengan membayar bil, atau menambah nilai kredit prabayar melalui Boost.
Kesimpulannya, ia sangat mudah. Tebus RM50 ePENJANA dengan aplikasi Boost dan #KasiTambah dengan banyak ganjaran serta Boost Coins untuk menjadikannya lebih bernilai.
Tetapi anda kena cepat! Tempoh penebusan dan penggunaan ePENJANA akan tamat pada 30 September 2020. Jangan lupa untuk terus menggunakan Boost semasa keluar bersama keluarga atau rakan di pusat membeli-belah atau semasa membeli barangan dapur, kesihatan atau kecantikan.
Untuk maklumat lanjut tentang Boost dan program ePENJANA, boleh merujuk di sini.