• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada internet, rangkaian Celcom sedikit tergendala

  • OLEH Najib
  • 11:36 am
  • 05/11/2020
  • Komen
Celcom melantik tiga muka baru di posisi kanan pengurusan
Share on FacebookShare on Twitter

Hampir sebulan yang lepas, semua pengguna Celcom berdepan gangguan rangkaian selama 3 jam. Awal pagi ini, ramai pengguna Celcom mengadu berhadapan gangguan internet.

Beberapa pengguna Celcom telah membawa kisah masalah internet mereka di twitter. Tetapi masalah ini tidak terkesan di semua tempat.



Ada yang menyatakan rangkaian menunjukkan ada sambungan, tetapi internet tidak dapat digunakan. Malah ada yang cuma dapat mengakses beberapa perkhidmatan sahaja, seperti tidak boleh menggunakan Google dan Youtube, tetapi tiada masalah ke Facebook.

Hi @Celcom, why i cannot open Google / YouTube and other thing but social media ok ja pun line. Please make your Internet access smoothly, i have to attend online classes and quiz today. Thank youu. pic.twitter.com/QEfiKp5Zrn

— 𝚏𝚛𝚑𝚗𝚊𝚊 (@frhnagotnochill) November 5, 2020

anyone has problem with their phone? internet connection? or whatever it is?

whatsapp, twitter…okay but my youtube is down so do with my chrome

— MFH (@fazri_hassan) November 5, 2020
https://twitter.com/imathoth/status/1324147658563362817

Hey @Celcom im using your line for hotspot, and im WFH.

Why takde strong coverage since last night?

Do you plan to spoil our mood every month like this? Setiap bulan ada je masalah teknikal, lepas tu kasi free few GB.

Lokasi, Taman Bukit Perdana, Batu Pahat. pic.twitter.com/FJP4yulbx6

— khaliqghazali (@khaliq_ghazali) November 5, 2020

Setakat ini, rangkaian MVNO di bawah Celcom seperti Yoodo dan TuneTalk tidak melaporkan sebarang gangguan rangkaian.



Celcom telah mengakui masalah ini terdapat di beberapa tempat dan menyatakan sedang membaikinya. Bagaimanapun, Celcom tidak menyatakan apakah punca masalah ini.

Maaf atas kesulitan, @harisnasir. Buat masa ni, kami memang ada terima feedback berkenaan isu network yang intermittent buat masa sekarang. Pihak kami sedang berusaha untuk selesaikan isu ini secepat mungkin. Untuk sementara waktu, mohon cik cuba dari semasa ke semasa. – Nur

— Celcom (@Celcom) November 5, 2020

Di laman web Celcom pula, mereka ada mengumumkan gangguan rangkaian malam semalam tetapi ia telah dipulihkan. Pengguna diminta mematikan dan menghidupkan semula peranti jika masih berdepan masalah rangkaian.

Masalah rangkaian Celcom bulan lepas telah mengakibatkan gangguan pengguna di seluruh negara. Celcom meminta maaf dengan isu tersebut dan memberikan pengguna dua kali data percuma tanpa had selama 6 jam.

Menurut CEO Celcom, Idham Nawawi mengatakan masalah sebelum ini terjadi akibat pepijat di router, yang menghalang rangkaian dipulihkan selepas gangguan bekalan elektrik. Idham memaklumkan pepijat ini telah dibaiki dan akan menyemak semula semua elemen rangkaian agar masalah tidak berulang.

Tags: celcom
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Celcom melantik tiga muka baru di posisi kanan pengurusan

Tiada internet, rangkaian Celcom sedikit tergendala

5 November 2020
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER