• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Surface Laptop Go membawa harga lebih mampu milik di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:35 pm
  • 06/11/2020
  • Komen
Surface Laptop Go membawa harga lebih mampu milik di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Microsoft kini boleh mendapatkan Surface Laptop Go yang baru, apabila Microsoft Malaysia mengumumkan tempahan awal untuk laptop ini. Laptop baru Micorsoft ini adalah komputer riba Surface yang paling ringan dan mampu dimiliki setakat ini.

Tempahan awal Surface Laptop Go ini dibuka dari 5 November 2020, menerusi wakil penjual sah komersial seperti SoftwareONE dan Prestariang Systems Sdn Bhd, dan juga peruncit sah seperti All IT, Gloo by SNS, Harvey Norman, Lazada, PC Image, Senheng, Shopee dan TMT by Thundermatch. Ia akan dijual di Malaysia mulai 24 November 2020.



Hadiah percuma untuk tempahan awal di Lazada

Laptop ini dikuasakan oleh cip Intel Core i5-1035G1 generasi ke-10, bersama RAM LPDDR4x sehingga 8GB dan storan dari jenis eMMC atau SSD sehingga 256GB. Harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • RAM 4GB + eMMC 64GB – RM 2,758
  • RAM 8GB + SSD 128GB – RM 3,388
  • RAM 8GB + SSD 256GB – RM 4,288
Dari kiri: Platinum, Biru, Coklat

Buat masa ini, hanya warna Platinum disediakan. Dari laman web Microsoft US, Surface Laptop Go turut hadir dalam warna biru dan coklat.



Skrin Surface Laptop Go dari jenis PixelSense 12.4-inci, dalam nisbah 3:2 dengan fungsi sentuhan 10-titik. Resolusi skrin ini tidak mencapai HD penuh, hanya 1532×1024 piksel dengan 148 PPI sahaja.

Walaupun pemprosesnya berkuasa tinggi, penggunaan storan eMMC boleh merencatkan kelancaran laptop. Untuk pengalaman penggunaan yang lebih baik, storan SSD lebih digalakkan tetapi memiliki tanda harga jauh lebih mahal.

Hayat bateri yang panjang merupakan satu tarikan komputer keluaran Microsoft. Surface Laptop Go ini boleh digunakan sehingga 13 jam dan menyokong pengecasan pantas 39W melalui Surface Connect.

Sambungan berwayar tidak banyak terdapat padanya, hanya satu port USB-A, satu port USB-C dan satu jek audio 3.5mm. Tetapi tiada HDMI atau Thunderbolt 3 untuk sambungan paparan luaran. Sambungan wayarles lebih baik kerana menyokong Bluetooth 5.0 dan WiFi 6 802.11ax.

Pengimbas capjari terdapat di butang kuasa di mana ia menyokong daftar masuk pantas Windows Hello, untuk model SSD sahaja. Walaupun ia memiliki kamera web 720p, kamera ini tidak menyokong Windows Hello.

Harga laptop dan tablet Microsoft sememangnya mahal dari yang lain. Tetapi ia mungkin lebih digemari oleh sesetengah pihak, memandangkan ia dikeluarkan oleh penghasil sistem operasi itu sendiri. Malah, ia juga sangat ringan dengan berat hanya 1.1kg, di dalam badan gabungan aluminium dan polikarbonat yang tampak mewah.

https://youtu.be/kp4Acofumyg

[Sumber: Microsoft]

Tags: MicrosoftMicrosoft Surface Laptop Go
Najib

Najib

POPULAR

Surface Laptop Go membawa harga lebih mampu milik di Malaysia

Surface Laptop Go membawa harga lebih mampu milik di Malaysia

6 November 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN