• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19: Malaysia catat jumlah jangkitan positif tertinggi hari ini

  • OLEH Najib
  • 7:21 pm
  • 06/11/2020
  • Komen
COVID-19: 39 kes baru direkodkan di Malaysia dengan lebih separuh adalah kes dari Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kewangan baru sahaja selesai membentangkan belanjawan terbesar pernah dibentangkan. Tetapi ia tidak dapat melindungi kenyataan bahawa Malaysia turut mencatat kes positif tertinggi COVID-19 hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pengumuman hariannya petang ini melaporkan sebanyak 1,755 kes baru COVID-19 direkodkan untuk hari ini. Terdapat 2 kematian, seorang di Sabah dan seorang di Kedah menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 kepada 279 orang.



Selain itu, sebanyak 726 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan keluar dari hospital sebanyak 26,380 orang. Kadar penyembuhan kini sebanyak 69.1% manakala kadar kematian sebanyak 0.7%.

Kini masih terdapat 11.530 kes aktif dan sedang menerima rawatan. Sebanyak 83 orang di ICU dengan 32 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.



Dari 1,755 kes baru hari ini, sebanyak 3 kes import manakala 1,752 kes tempatan. Sabah mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,199 kes diikuti Pulau Pinang dengan 192 kes baru, Selangor sebanyak 164 kes baru, Labuan 69 kes dan Negeri Sembilan 45 kes.

Sebanyak tiga kluster telah diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu Kluster Bah Lada, Kluster Atap dan Kluster Bah Sahabat, dengan tiada kes kematian yang dilaporkan daripada kluster-kluster ini.

Terdapat tiga kluster baharu telah dikenalpasti pada hari ini iaitu Kluster mampulut (Sabah), kluster Fores (Selangor) dan Kluster Rengas (Perak).

Sumber: KP Kesihatan

Tags: COVID-19
Najib

Najib

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
COVID-19: 39 kes baru direkodkan di Malaysia dengan lebih separuh adalah kes dari Sarawak

COVID-19: Malaysia catat jumlah jangkitan positif tertinggi hari ini

6 November 2020
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER