• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Orang ramai boleh sumbang perangi COVID-19 dengan beli barang (RED) Apple

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:18 am
  • 03/12/2020
  • Komen
Orang ramai boleh sumbang perangi COVID-19 dengan beli barang (RED) Apple
Share on FacebookShare on Twitter

1 Disember merupakan Hari Aids sedunia. Satu berita menarik untuk diketahui bahawa Apple masih berganding dengan (RED) bagi melawan HIV / AIDS di Afrika .

Secara dasarnya, (RED) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bekerjasama dengan banyak jenama seperti Apple bagi membantu membiayai individu mengakhiri penyakit AIDS.



Namun, kehadiran Covid-19 membuatkan sumbangan Apple ditumpu kepada dua virus sekaligus iaitu HIV/AIDS dan Covid-19. Sumbangan akan terus ke Dana Global Covid-19 bagi membantu masyarakat yang terkesan di Afrika.

Sumbangan Apple ke Dana Global

Sehingga 30 Jun 2021, Apple akan memberikan 100 peratus hasil yang layak dari pembelian produk (RED) oleh pelanggan ke Dana Global Covid-19.



Sehingga 7 Disember akan datang, Apple akan menyumbang USD 1 bersamaan RM4 ke Dana Global Covid-19 untuk setiap pembelian yang dilakukan oleh pelanggan yang menggunakan Apple Pay di apple.com/sg, di aplikasi Apple Store, atau di kedai Apple

Cara menyumbang kepada Dana Global Covid-19

Bagi tahun ini, masyarakat boleh menyokong usaha Dana Global untuk memerangi HIV / AIDS dan COVID-19 dengan membeli (RED) yang tersedia.

Apple mempunyai pelbagai peranti dan aksesori (RED) baharu yang tersedia pada musim percutian ini, termasuklah iPhone 12 bewarna merah, iPhone 12 mini bewarna merah dan Apple Watch Series 6 merah.

Sumbangan diterima apabila transaksi itu dilakukan melalui Apple Pay di kedai Apple, laman sesawang Apple dan diaplikasi Apple Store.

Dana Global Covid-19 membantu dalam aspek:

  1. Menjejak kontak rapat (contact tracing) tambahan di Afrika Selatan.
  2. Membantu mendapatkan peralatan pelindung diri kritikal (PPE) untuk pekerja kesihatan dan peralatan perubatan kecemasan di Ghana.
  3. Memungkinkan pembelian motosikal untuk menyampaikan rawatan HIV kepada masyarakat setempat.

Apple juga menyumbangkan berjuta-juta unit PPE kepada Kementerian Kesihatan di Zambia, termasuklah topeng pembedahan dan juga pelindung muka yang direka dan dihasilkan oleh Apple.

Selama 14 tahun terakhir ini, Apple dengan (RED) memperolehi sumbangan hampir USD 250 juta ke dana global HIV/AIDS. Berbanding jumlah dana tahun lalu hanya USD 220 juta.

Ini menunjukkan peningkatan dalam jumlah pembeli produk Apple dan sumbangan mereka kepada Dana Global. Dapat dilihat bahawa Apple sangat menitik beratkan kebajikan penduduk dan pesakit HIV/AIDS di Afrika. Usaha ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran orang awam mengenai virus HIV/AIDS.

[Sumber: Apple, 9TO5MAC]

Tags: (RED)apple
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Orang ramai boleh sumbang perangi COVID-19 dengan beli barang (RED) Apple

Orang ramai boleh sumbang perangi COVID-19 dengan beli barang (RED) Apple

3 December 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN