• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Covid-19 ancam usaha pengurangan penggunaan plastik

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:51 pm
  • 09/12/2020
  • Komen
Covid-19 ancam usaha pengurangan penggunaan plastik
Share on FacebookShare on Twitter

Penggunaan plastik dilihat meningkat sejak kemunculuan wabak Covid-19 pada awal tahun ini. Hal ini kerana, masyarakat terpaksa duduk di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kebanyakan antara mereka memesan makanan secara dalam talian. Oleh itu, sudah tentu makanan tersebut dibungkus di dalam plastik bagi memastikan ianya selamat daripada kerosakan.

Bukan itu sahaja, urusan membeli-belah juga dilakukan secara dalam talian dan aktiviti ini meningkat ketika PKP. Menurut Pengurus Kanan Pick Up & Delivery Pos Malaysia, Mohd Azilah A Rahim berkata, pihaknya menerima peningkatan jumlah pesanan Pos Laju sebanyak 35 peratus sepanjang PKP iaitu sehingga 770,000 bungkusan sehari melebihi kapasiti biasa, 350,000 bungkusan sehari.



Berikutan peningkatan jumlah penghantaran barang, Pos Malaysia ada menambah lebih 1,300 kakitangan separuh masa, untuk mempercepatkan pemprosesan di pusat-pusat Pos Laju seluruh negara sejak 1 April 2020.

Kerancakan masyarakat membeli-belah secara dalam talian secara tidak langsung menjurus kepada penggunaan plastik kerana item yang dihantar sudah tentu kebanyakannya dibungkus dengan plastik.



Hakikatnya, dua aktiviti yang dilakukan ketika PKP ini membuatkan sisa plastik meningkat dan ia mampu mencemarkan alam sekitar.

Plastik berbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar

Bahaya plastik bukanlah isu yang baharu untuk dikupas. Namun, penggunaannya oleh masyarakat dilihat semakin ketara ketika PKP dijalankan.

Berdasarkan laporan Bernama, menurut Persatuan Pengilang Plastik Malaysia, pengeluaran plastik telah bertambah sebanyak 0.7 peratus setakat Ogos tahun ini.

Pakar Toksikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Mustafa Ali Mohd berkata, ada tiga bahan asas dalam membuat plastik iaitu:

  1. Phthalate digunakan dalam produk penjagaan diri dan digunakan untuk melembut dan meningkatkan kelenturan plastik dan polivinil klorida (PVC)
  1. Bisphenol A (BPA) digunakan sebagai bahan utama untuk membuat epoxy resins dan plastik polikarbonat.
  1. Kadangkala, plastik dicampur juga dengan polybrominated diphenyl ethers (PBDEs). Bahan ini bertindak sebagai perencat kebakaran dan adakalanya terkandung di dalam kotak plastik televisyen dan komputer.

Selain itu, wujud juga campuran bahan lain yang bertoksik seperti pewarna dan pewangi dalam penghasilan plastik bagi meningkatkan kualiti barangan itu.

Bahan-bahan ini tidak terurai secara semula jadi. Oleh itu, apabila ianya ada dalam tubuh haiwan atau manusia, sistem pencernaan tidak boleh melakukan apa-apa dan ia akan berakhir dengan fenomena ketoksikan.

Cabaran kitar semula plastik

Meskipun penggunaan plastik meningkat, masih ada pengguna yang melakukan kitar semula sewaktu PKP.

Kitar semula

Pengarah Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp Malaysia) Wilayah Persekutuan, Mohd Zahir Shari berkata, kitar semula meningkat sewaktu PKP kerana orang ramai menghabiskan lebih banyak masa di rumah. Oleh itu, masa tersebut digunakan untuk proses dan mengasingkan sampah yang mereka ada untuk dikitar semula.

Namun, banyak produk plastik dilihat meningkat penggunaannya dan tidak boleh dikitar semula. Contohnya ialah pelitup muka yang wajib dipakai dilokasi awam bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

Pemungut sampah

Menurut sumber, pemungut sampah tidak lagi dapat meneruskan aktiviti mereka semasa pandemik kerana bimbang jangkitan atau terdedah kepada coronavirus.

Orang ramai bimbang penggunaan plastik boleh membawa jangkitan COVID-19 akibat daripada kontak rapat. Jadi, tiada siapa lagi berminat untuk memungut sampah untuk dikitar semula.

Plastik label mudah terurai

Menurut sumber juga, penggunaan plastik label mudah terurai tidak semestinya berfungsi. Ia tidak akan terurai secara biodegradasi, malah hanya boleh terurai dalam keadaan tertentu. Contohnya, dalam keadaan cukup oksigen dan sinar matahari.

Oleh itu, kerana tidak dapat dilupuskan, ada sampah yang dibuang secara haram dan lebih parah, berakhir di lautan, .

Usaha memelihara alam sekitar

Kerajaan melancarkan pelan kerja kearah sifar penggunaan plastik menjelang 2030 dalam tahun 2018. Terdapat 3 fasa dalam pelan kerja tersebut dan kita masih berada pada fasa pertama.

Walapubagaimanapun, menurut sumber beberapa aspek dalam fasa 1 pelan kerja tersebut dilihat telah berjaya. Contohnya, pemberian penyedut plastik (straw) hanya berdasarkan kepada permintaan dan mengenakan caj sekurang-kurangnya RM0.20 untuk mendapatkan beg plastik.

Menurut sumber juga, kebanyakan pakar berpendapat bahawa usaha yang dilaksanakan buat masa sekarang terlalu lemah. Mereka menyatakan bahawa komitmen yang dipamerkan tidak cukup tinggi untuk melakukan perubahan.

Tambahan lagi, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Prof Dr Ahmad Ismail berkata, kerajaan dan kumpulan yang berminat menjaga alam sekitar harus lebih agresif dalam mengubah pemikiran dan sikap masyarakat terhadap plastik.

Dalam hal ini, kerajaan sudah berusaha sebaik mungkin bagi memelihara alam sekitar dan membantu mengurangkan penggunaan plastik dari masa ke semasa.

Justeru, masyarkat perlu berusaha juga dalam memastikan hal ini berjaya. Banyak inisiatif yang boleh dilakukan bagi mengurangkan penggunaan plastik dalam urusan harian. Contohnya membawa bag kain untuk meletakkan barang membeli belah, tidak menggunakan straw minuman plastik dan bungkus makanan menggunakan bekas sendiri.

[Sumber: Bernama, Metro]

Tags: Ancaman PlastikCOVID-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Covid-19 ancam usaha pengurangan penggunaan plastik

Covid-19 ancam usaha pengurangan penggunaan plastik

9 December 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER