• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penggodam boleh menggunakan sensor LiDAR di vakum robot untuk mengecam suara dan menghantar maklumat sulit

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:04 pm
  • 08/12/2020
  • Komen
Penggodam boleh menggunakan sensor LiDAR di vakum robot untuk mengecam suara dan menghantar maklumat sulit
Share on FacebookShare on Twitter

Pasukan penyelidik dari Universiti Nasional Singapura (NUS) yang diketuai oleh Penolong Profesor Jun Han dan pelajar kedoktorannya Sriram Sami, menunjukkan bagaimana pembersih vakum robot dan sensor pengesanan objek dengan menggunakan cahaya yang ada di dalamnya (Lidar) itu dapat digunakan untuk “mengintip” perbualan peribadi.

Kaedah itu dipanggil LidarPhone. Ia menggunakan semula sensor Lidar menjadi mikrofon berasaskan pancaran laser untuk mengakses perbualan peribadi, ia memancarkan laser pengimbasan yang tidak dapat dilihat untuk membuat peta sekitarnya.



Tanpa disedari, perkembangan peranti pintar yang dimiliki termasuk pembesar suara pintar dan kamera keselamatan pintar, meningkatkan kecenderungan penggodam untuk mengintip mangsa sasaran secara senyap.

Menggodam bersumberkan getaran objek

Dengan melantunkan laser ke objek seperti tong yang terletak berdekatan dengan pembesar suara komputer, kajian mereka menunjukkan bahawa penggodam dapat memperolehi maklumat mengenai suara asli yang membuat permukaan objek tong tersebut bergetar.



Maklumat sensitif berpotensi diperoleh dengan menggunakan pemprosesan isyarat yang ditetapkan dan “algoritma pembelajaran mendalam” yang dilatih untuk menyesuaikan suara manusia atau mengenal pasti urutan muzik.

Kaedah yang dikongsikan oleh pasukan penyelidikan ini menunjukkan bahawa penggodam boleh mendapatkan maklumat sulit seseorang hanya dengan menggunakan sesuatu yang tidak berbahaya seperti pembersih vakum robot.

Eksperimen

Menurut Sami, demonstrasi yang mereka lakukan ini menunjukkan keperluan segera untuk mencari penyelesaian praktikal bagi mencegah serangan jahat tersebut.

Dalam eksperimen mereka, para penyelidik menggunakan pembersih vakum robot biasa dengan dua sumber suara. Pertama, suara seseorang membaca nombor yang dimainkan melalui pembesar suara komputer. Kedua, audio klip muzik dari rancangan televisyen yang dimainkan melalui bar suara televisyen.

Menurut mereka, selepas 19 jam audio dirakam menggunakan vakum tersebut, sistem ini dapat mengesan angka yang disebut itu dengan baik dan klip muzik dari rancangan televisyen juga dapat diperolehi dengan nyata.

Sistem ini mencapai kadar ketepatan klasifikasi 91 peratus ketika mengesan digit lisan dan kadar ketepatan 90 peratus ketika mengklasifikasikan klip muzik.

Elak dari digodam

Untuk mengelakkan Lidar disalahgunakan, indiviu yang mempunyai alat pembersih vakum robot disarankan untuk tidak menyambungkannya ke internet. Hal ini kerana penggodam perlu berada di rangkaian tempatan mangsa untuk melancarkan serangan.

Bagi mengelakkan laser dalaman tidak menyala ketika Lidar tidak berputar, pasukan NUS mengesyorkan agar pengeluar sensor Lidar menggabungkan mekanisme yang tidak boleh diubahsuai oleh sesiapa pun.

Pelajar NUS Dai Yimin dan Sean Tan Rui Xiang, serta Penolong Profesor Nirupam Roy dari University of Maryland, turut menyumbang dalam penyelidikan ini. Penyelidikan itu dibentangkan di Association for Computing Machinery’s Conference on Embedded Networked Sensor Systems (SenSys 2020) pada 18 November lalu, di mana pasukan ini merangkul “Best Poster Runner Up Award”.

Para penyelidik juga melihat kepada sensor laser aktif yang terdapat pada telefon pintar terbaharu. Ianya mudah untuk diserang oleh penggodam dan secara tidak langsung dapat mendedahkan privasi sesorang.

[Sumber: CNA]

Tags: LidarVakum Robot
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Penggodam boleh menggunakan sensor LiDAR di vakum robot untuk mengecam suara dan menghantar maklumat sulit

Penggodam boleh menggunakan sensor LiDAR di vakum robot untuk mengecam suara dan menghantar maklumat sulit

8 December 2020
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN