• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube bermasalah lagi, tidak boleh diakses atau memainkan video

  • OLEH Najib
  • 8:17 pm
  • 14/12/2020
  • Komen
YouTube bermasalah lagi, tidak boleh diakses atau memainkan video
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 8.55PM: Perkhidmatan Google kembali pulih & beroperasi, dijangka semua pengguna akan dapat kembali menggunakannya dalam masa terdekat.


Akses ke YouTube malam ini dilihat terganggu apabila ia tidak memaparkan sebarang video. Melayari laman web www.youtube.com hanya memberikan gambar monyet memegang tukul dan menyatakan ada sesuatu masalah berlaku. Aplikasi mudahalih di telefon pintar pula tidak memaparkan sebarang gambar.



Laman DownDetector.com mengesan laporan masalah di YouTube melonjak naik di seluruh dunia, bermula sekitar pukul 7.40 malam tadi. Lokasi yang melaporkan masalah di YouTube antaranya di United Kingdom, Jerman, Perancis, Belanda, Turki, Jepun, Malaysia, Filipina dan banyak lagi.

Menurut YouTube mereka telah menyedari tentang permasalahan ini dan pasukan teknikal sedang berusaha memulihkannya. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan menerusi media sosial.



We are aware that many of you are having issues accessing YouTube right now – our team is aware and looking into it. We'll update you here as soon as we have more news.

— TeamYouTube (@TeamYouTube) December 14, 2020

Setakat ini, pihak YouTube tidak berkongsi mengenai punca gangguan ini berlaku.

Hampir sebulan yang lepas, YouTube turut tergendala dan memberi kesan kepada kebanyakan pengguna di seluruh dunia.

Tags: Google
Najib

Najib

POPULAR

YouTube bermasalah lagi, tidak boleh diakses atau memainkan video

YouTube bermasalah lagi, tidak boleh diakses atau memainkan video

14 December 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN