• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apa jadi dengan PKPP menjelang 1 Januari 2021? Tidak disebut dalam perutusan PM

  • OLEH Najib
  • 11:59 pm
  • 31/12/2020
  • Komen
Apa jadi dengan PKPP menjelang 1 Januari 2021? Tidak disebut dalam perutusan PM
Share on FacebookShare on Twitter

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan perutusannya sempena menyambut ketibaan tahun baru 2021. Perutusan terebut disiarkan menerusi pelbagai saluran seperti RTM, TV Bernama, TV3 dan Astro Awani.

Dalam perutusan tersebut, beliau menjelaskan segala usaha kerajaan yang telah dilakukan untuk menjamin kesihatan dan kelangsungan hidup rakyat, sewaktu dilanda wabak COVID-19. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali dikuatkuasakan pada bulan Mac, diikuti PKP Pemulihan pada bulan Jun dan diumumkan akan berakhir pada 31 Disember 2021.



PKP Masih Diteruskan pada 2021?

Bagaimanapun, perutusan sebentar tadi masih belum menjawab persoalan penting yang menjadi tanda tanya ramai rakyat Malaysia. Adakah PKPP tamat pada 31 Disember 2020, atau sudah tamat menjelang 1 Januari 2021. Perdana Menteri tidak menyebut langsung mengenai perkara ini.

Persoalan ini sebenarnya agak penting untuk diketahui sama ada penguatkuasaan beberapa perintah masih diteruskan atau tidak.



Menurut SOP PKPP di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN), yang berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2020 jam 11.59 malam, antaranya tidak membenarkan aktiviti di dalam pub dan kelab malam, acara pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, pelancongan ke luar negeri dan apa-apa aktivti yang menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

Jika ada masyarakat yang melanggar SOP ini, mereka boleh dikenakan denda atau dipenjara. Jadi, adalah penting untuk mengetahui apakah peraturan yang masih berkuatkuasa dan dibenarkan, serta apakah perkara yang masih tidak dibenarkan.

Kerajaan telah berusaha untuk membenarkan semula rakya tuntuk menjana ekonomi dengan membenarkan pelbagai pergerakan dan aktiviti, tetapi undang-undang yang jelas boleh mengelakkan dari rakyat disaman akibat salah faham pihak berkuasa.

Bagaimanapun, portal Malayskini memaklumkan bahawa mereka difahamkan, Menteri Pertahanan Ismail Sabri akan buat pengumuman esok, mengenai PKPP. Biasanya pengumuman lanjutan besar akan diumumkan PM, tetapi kali ini mungkin ia tugas Menteri pula.

https://twitter.com/mkini_bm/status/1344656719176077318

Wabak COVID-19 masih berleluasa di Malaysia, malah kita mencatat rekod baru lagi dengan jumlah positif melebihi 2,500 kes hari ini. Walaupun banyak kebenaran diberikan, tetapi terus cakna menjaga jarak fizikal, memakai topeng muka dan mencuci tangan.

Kita jaga kita.

Selamat tahun baru 2021.

Tags: COVID-19muhyiddin yassinPKPP
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Apa jadi dengan PKPP menjelang 1 Januari 2021? Tidak disebut dalam perutusan PM

Apa jadi dengan PKPP menjelang 1 Januari 2021? Tidak disebut dalam perutusan PM

31 December 2020
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN