• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jack Ma “ghaib” selepas kritik cara kerajaan China uruskan sistem kewangan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:55 pm
  • 05/01/2021
  • Komen
Jack Ma “ghaib” selepas kritik cara kerajaan China uruskan sistem kewangan
Share on FacebookShare on Twitter

Warga China yang ghaib tiba-tiba bukanlah perkara baru. Tapi untuk Jack Ma, ia mencetuskan tanda tanya seluruh dunia kerana dia ialah orang kedua paling kaya di China.

Fan BingBin pernah hilang selama 4 bulan tapi bila muncul semula, sangat menyanjungi kerajaan China (sumber)

Ghaib dalam konteks ini bukanlah hilang dan sedang dicari tapi lebih kepada sudah lama tidak buat kemunculan awam. Antara perkara yang memperkuat spekulasi ini adalah:



  1. Dia sepatutnya jadi juri dalam satu reality show tapi kehadiran dibatalkan atas alasan jadual yang tak mengizinkan. Sedangkan menurut salah satu utusan twitternye dalam bulan Ogos 2020, dia tidak sabar untuk hadirinya. Lebih memelikkan gambarnya dalam barisan juri program tersebut dipadamkan (sumber).
  2. Utusan terakhirnya di Weibo ialah yang bertarikh 17 Oktober 2020 (sumber).

Congrats to the top 20 Africa's Business Heroes finalists! Selected from 22k+ applications across all 54 African countries, these entrepreneurs are from 14 countries & 11 industries, and more than 50% are women. I can’t wait to meet them! https://t.co/0eUze6TUOJ @africa_heroes pic.twitter.com/5C3HmwjWRJ

— Jack Ma (@JackMa) August 19, 2020

Tidaklah diketahui sebab apa Jack Ma menghilangkan diri. Namun, ramai yang mengaitkannya dengan satu peristiwa yang berlaku dalam minggu terakhir bulan Oktober 2020.

Utusan terakhir Jack Ma di Weibo

Dalam satu acara yang dihadirinya di Shanghai, ia menyatakan yang sistem perbankan China beroperasi macam kedai pajak kerana perlukan cagaran yang tinggi sebelum berikan pinjaman. Sepatutnya, produk pinjawaman zaman moden perlulah berpaksikan big data dan rekod kredit (sumber).



https://www.youtube.com/watch?v=gCSHV4xZd7E&ab_channel=TheBodyLanguageGuy

Selepas kenyataan tersebut tular, kerajaan China dilapor terguris hati dengannya. Entah angin apa yang bertiup, proses penyenaraian Ant Group (salah satu syarikat milik AliBaba) dalam bursa saham di Shanghai dan Hong Kong telah dibatalkan pada 3 November 2020 (seminggu selepas Jack Ma keluarkan kenyataan itu).

Selang beberapa hari ucapan kontroversi itu berkumandang, kerajaan China batalkan penyenaraian IPO Ant Group

Padahal, Ant Group sudahpun memohon penyenaraian ini sejak Ogos 2020 dan Hasrat ini telah tertangguh sejak 2018 lalu. Jika semuanya berjalan lancar, mereka dijadualakn didagangkan dalam bursa saham pada 5 November 2020 dan jika berjaya, ini adalah penyenaraian terbesar dalam sejarah iaitu pada nilaian melebihi RM138 billion.

Tak cukup dengan itu, dia dan beberapa orang penting Ant Group telah dipanggil menghadap kerajaan China pada 24 Disember 2020. Antara intipati pertemuan itu ialah kerajaan menyuruh Ant Group pulang ke keadaan asal mereka iaitu hanya sediakan saluran pembayaran digital berbanding meneydiakan produk pinjaman, insurans, dan sebagainya (sumber).

Tags: Alibabaant financialant groupjack ma
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jack Ma “ghaib” selepas kritik cara kerajaan China uruskan sistem kewangan

Jack Ma “ghaib” selepas kritik cara kerajaan China uruskan sistem kewangan

5 January 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN