Bermula dari hari ini sehingga 26 Januari, semua pelanggan Astro boleh menonton saluran kanak-kanak dan berita secara percuma. Bukan sahaja melalui TV, pelanggan Astro juga boleh mengambil peluang ini untuk menonton di peranti melalui Astro Go.
Saluran kanak-kanak
Sebelum ini, penonton hanya boleh mengakses siaran Ceria sahaja secara percuma. Dengan peluang yang diberikan oleh Astro ini, penonton boleh mengakses 4 lagi saluran tambahan kanak-kanak iaitu:
- Boomerang saluran 619
- Nick Jr saluran 617
- Cartoon Network saluran 615
- Nickelodeon saluran 616
Antara filem yang boleh ditonton melalui siaran tersebut ialah Ben 10, The Powerpuff Girls, Adventure Time, We Bare Bears, SpongeBob SquarePants, Teenage Mutant Ninja Turtles, Mr. Bean: The Animated Series, My Little Pony: Pony Life, Scooby- doo! Teka siapa? dan pelbagai rancangn lain.
Saluran berita
Pelanggan Astro juga berpeluang mengikuti perkembangan semasa dalam dan luar negara di semua saluran berita secara percuma, kecuali saluran SkyNews. Antara saluran yang diberi akses percuma ialah:
- CNN saluran 511
- BBC World News saluran 512
- Al Jazeera English saluran 513
- Channel News Asia (CNA) saluran 515
- Bloomberg TV saluran 517
- CNBC Asia saluran 516
- ABC Australia saluran 518
- Astro Awani saluran 501
- Bernama saluran 502
- CGTN saluran 503
Semua saluran ini akan bertemu penonton untuk berkongsi berita semasa merangkumi berita perniagaan di asia, seperi saluran CNBC Asia dan Bloomberg TV.
Akses ini boleh menjadi salah satu pengisian kepada penonton berikutan perintah kawalan pergerakan yang telah ditetapkan baru-baru ini.
[Sumber: MalayMail]