• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Monitor gaming mampu milik Acer AOpen 31.5″ & 23.8″ dilancar dengan diskaun dan hadiah percuma

  • OLEH Najib
  • 12:39 pm
  • 21/01/2021
  • Komen
Monitor gaming mampu milik Acer AOpen 31.5″ & 23.8″ dilancar dengan diskaun dan hadiah percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia kini membawakan monitor gaming mampu milik keluarannya, AOpen 32HC5QR dan AOpen 24MV1YP ke pasaran Malaysia lebih awal dari jadual. Ini untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar dari rumah, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di seluruh Malaysia.

Monitor AOpen 32HC5QR memiliki keluasan 31.5-inci manakala AOpen 24MV1YP pula seluas 23.8-inci. Ia dijual di Malaysia bermula hari ini, 21 Januari 2021 dan boleh didapati dari pengedar sah Acer di seluruh Malaysia. Harga jualannya adalah seperti berikut:



  • AOpen 32HC5QR – RM839
  • AOpen 24MV1YP – RM599

Diskaun dan hadiah percuma

Khas untuk pembeli terawal, Acer menawarkan diskaun RM80 untuk AOpen 32HC5QR dan diskaun RM30 serta hadiah percuma kabel Display Port bagi AOpen 24MV1YP. Ia akan diadakan pada dua sesi, satu di Lazada dan satu lagi di Shopee.

Di Lazada, diskaun ini dibuka dari pukul 12 tengah malam pada 21 Januari 2021. Di Shopee pula, ia ditawarkan bermula pukul 12 tengah malam pada 22 Januari 2021. Stok tawaran adalah terhad.



Selain itu, Acer turut memberikan hadiah percuma untuk pembeli kedua-dua monitor ini dari 21-24 Januari 2021. Pembeli monitor AOpen 32HC5QR akan menerima hadiah percuma, pad tetikus Predator bernilai RM89. Untuk pembeli monitor AOpen 24MV1YP pula, akan menerima kabel Display Port dan Flask Vakum Predator percuma, bernilai RM79.

Berikut adalah pautan penjual di Lazada dan Shopee:

  • Acer Official Store (Shopee) – https://shopee.com.my/acer_os_my
  • Just IT – https://shopee.com.my/acer.os.justit
  • Viewnet – https://shopee.com.my/acer.os.viewnet
  • NoteBook Plaza – https://shopee.com.my/acer.os.nbp
  • Aone Plus – https://www.lazada.com.my/shop/acer-storeaoneplus
  • NoteBook Plaza – https://www.lazada.com.my/shop/acer-certified-store-nbp/

Spesifikasi

Kedua-dua monitor ini memiliki sudut pandang seluas 178-darjah dan dilengkapi teknologi BlueLightShield untuk melindungi mata pengguna dari pancaran cahaya biru yang merbahaya. Ia juga menyokong teknologi AMD Freesync untuk paparan lancar, serta kadar penyegaran skrin sehingga 165Hz.

Monitor AOpen ini turut hadir dengan rekaan Zero Frame berbingkai nipis, pelekap VESA dan pendiri boleh ubahsuai untuk memberikan sudut pandang terbaik buat pengguna. Pengguna juga boleh mengubahsuai warna di skrin menerusi tetapan 6-paksi pengubahsuai warna.

AOpen 32HC5QR

Monitor AOpen 32HC5QR menampilkan skrin lengkung 1800R HD Penuh dengan panel VA 5ms. Terdapat dua sambungan HDMI, satu Display port dan satu Audio Out di belakangnya. Jaminan selama 3-tahun diberikan untuk monitor ini.

AOpen 24MV1YP

Monitor AOpen 24MV1YP pula memiliki skrin rata HD Penuh, dengan panel VA 1ms dan menyokong HDR10. Terdapat dua sambungan HDMI dan satu Display Port di belakangnya. Jaminan selama 3 tahun turut diberikan.

Tags: AcerAcer AOpenAcer AOpen 24MV1YPAcer AOpen 32HC5QR
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Monitor gaming mampu milik Acer AOpen 31.5″ & 23.8″ dilancar dengan diskaun dan hadiah percuma

Monitor gaming mampu milik Acer AOpen 31.5″ & 23.8″ dilancar dengan diskaun dan hadiah percuma

21 January 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER