Inisiatif Birdwatch daripada Twitter ini boleh dilihat seperti portal Sebenarnya.my dengan satu perbezaan utama. Pengesahan fakta di Sebenarnya.my dilakukan oleh orang-orang yang mengendalikan portal tersebut tapi di Birdwatch, ia dilakukan oleh pengguna-pengguna Twitter sendiri.
Buat masa ini, Birdwatch hanya terhad kepada pengguna di A.S sahaja kerana masih di tahap beta. Sepanjang ujian beta ini, pengguna Twitter di sana boleh mendaftarkan diri untuk jadi sebahagian daripada tenaga kerja mengesahkan fakta.
Want to help build a new community-driven approach to tackling misleading information? Join us — sign up for Birdwatch! https://t.co/FSsqNznPy1
— Birdwatch (@birdwatch) January 25, 2021
Kriteria untuk jadi Birdwatcher adalah ketat. Untuk layak, pengguna tersebut perlulah:
- Miliki nombor telefon dan emel yang sah
- Nombor telefon dikeluarkan oleh telco rasmi A.S
- Akaun Twitter mestilah menggunakan pengesahan dua peringkat bila melog masuk
- Tidak pernah menerima notis salah laku daripada Twitter
Contoh Birdwatch
Apabila dibentangkan dengan satu maklumat ini, golongan Birdwatcher ini akan berkongsi nota hasil penyelidikan dari pelbagai sumber. Reviu daripada sumber-sumber luar inilah yang akan menentukan sama ada berita itu sahih ataupun tidak.
Bagi mengekalkan ketelusan, semua maklumat yang dikongsikan oleh Birdwatcher boleh dilihat dan dimuat turun. Kemudian, algoritma yang sistem Birdwatch gunakan untuk menilai maklumat juga akan boleh diakses secara terbuka.