• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple dan Samsung sedia ciri bacaan gula pada jam pintar, pengguna tidak perlukan jarum lagi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:57 pm
  • 26/01/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dan Samsung Electronics telah merancang untuk menerapkan ciri memantau tahap glukosa darah individu pada jam tangan pintar keluaran mereka tahun ini. Ia dijangka akan diperkenalkan kepada umum pada separuh kedua 2021.

Dilaporkan bahawa nama jam tangan pintar Samsung dengan kemampuan tersebut adalah Galaxy Watch 4 atau Galaxy Watch Active 3. Manakala Apple pula sedang dalam perancangan untuk menerapkan ciri yang sama pada Apple Watch 7 yang akan diperkenalkan tahun ini.



Mengesan glukosa guna sensor optik

Kebiasaannya, untuk memeriksa kepekatan glukosa dalam darah, individu memerlukan mesin glukometer. Jarum lanset juga merupakan antara alat utama untuk menjalankan pemeriksaan ini.

Hujung jari individu akan dicucuk dengan jarum lanset untuk mengeluarkan darah. Darah itu pula, akan diletakkan pada strip ujian sebelum dimasukkan kedalam glukometer untuk mengetahui bacaa glukosa sesorang.



Sumber: Metro

Proses mencucuk hujung jari tidak diperlukan lagi dengan adanya teknologi baharu ini pada jam tangan pintar. Apple dan Samsung masing-masing menggunakan sensor optik untuk mengesan tahap glukosa darah tanpa perlu mengeluarkan darah.

Kaedah yang dilaporkan oleh Samsung untuk digunakan dalam jam pintar ini adalah berdasarkan spektroskopi Raman. Ianya dihasilkan oleh kajian yang dilakukan oleh Samsung Electronics dan pasukan penyelidik dari MIT (Massachusetts Institute of Technology).

Spektroskopi Raman adalah teknik kajian menggunakan panjang gelombang (wavelenght) yang terhasil daripada getaran molekul. Getaran itu berlaku ketika sinar laser tersebar setelah terkena bahan tertentu.

Samsung Electronics dan pasukan penyelidik dari MIT telah berjaya meningkatkan ketepatan pengukuran isyarat ke tahap tertinggi dengan menggunakan spektroskopi Raman.

Keupayaan ECG pada jam pintar

Sebelum ini, Apple dan Samsung telah berjaya memperkenalkan keupayaan ECG (elektrokardiogram) di Apple Watch Series 6 dan Samsung Galaxy Watch 3. Namun, ciri tersebut dipasang pada jam terlebih dahulu, kemudian perlu mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa sebelum digunakan.

Sehingga kini, Malaysia masih belum meluluskan penggunaan ECG pada jam pintar. Akan tetapi, Singapura merupakan satu-satunya negara ASEAN yang membenarkan ciri tersebut digunakan oleh masyarakat.

  • Apple Watch Series 6
  • Samsung Galaxy Watch 3

Sekiranya ciri ini direalisasikan kelak, adakah Malaysia akan membenarkannya digunakan oleh masyarakat? Jika ia diluluskan sudah tentu jam tangan pintar ini dapat memberikan sumbangan besar dalam membantu mereka yang menghidap diabetes.

Selain itu, ianya juga boleh digunakan oleh masyarakat biasa untuk mengetahui tahap kesihatan dari masa ke semasa.

[Sumber: Korea IT News, GSMArena]

Tags: apple watchJam Pintarsamsung galaxy watch
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Apple dan Samsung sedia ciri bacaan gula pada jam pintar, pengguna tidak perlukan jarum lagi

26 January 2021
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN