• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

2,921 laman pornografi disekat, penyebar kandungannya boleh didenda sehingga RM50,000

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:06 am
  • 27/01/2021
  • Komen
2,921 laman pornografi disekat, penyebar kandungannya boleh didenda sehingga RM50,000
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam tempoh seminggu, dianggarkan tiga hingga empat daripada setiap 10 rakyat Malaysia melayari laman bahan lucah atau pornografi secara dalam talian.

Perangkaan berkenaan diperkukuhkan dengan data yang dikeluarkan oleh laman pornografi terkenal dunia apabila mendedahkan trafik carian bahan lucah di internet. Dalam data itu menunjukkan pengguna maya di negara ini meningkat kepada 84 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Data berkenaan menempatkan Malaysia di kedudukan empat negara teratas di dunia selepas Slovakia, Bulgaria dan Ireland serta pertama di Asia yang melakukan carian bahan atau video lucah.

Tindakan menyekat laman sesawang pornografi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 2,921 laman sesawang yang mengandungi unsur pornografi sejak 2018 hingga tahun lalu. Ia dilakukan bagi melindungi pengguna maya di negara ini daripada melihat video yang mempunyai kandungan tersebut.



Sehingga kini, tindakan menyekat akses laman pornografi itu masih dijalankan oleh SKMM secara proaktif dan berterusan dalam usaha membanteras gejala berkenaan. Selain itu, tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap individu yang memberi atau menyebarkan kandungan berunsur lucah di platfom media sosial.

Hukuman

Perbuatan menyebar kandungan lucah adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Undang-undang relevan yang lain juga akan terpakai mengikut fakta kes yang disiasat dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Disamping itu, sebagai langkah proaktif untuk membanteras penyebaran kandungan pornografi daripada berlarutan, individu juga perlu memainkan peranan.

Maka, jika anda terlihat kandungan lucah di Internet, anda boleh membuat aduan melalui emel di [email protected], WhatsApp di talian 016-220 6262 atau membuat aduan melalui portal aduan SKMM.

[Sumber: HMetro]

Tags: Pornografi
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
2,921 laman pornografi disekat, penyebar kandungannya boleh didenda sehingga RM50,000

2,921 laman pornografi disekat, penyebar kandungannya boleh didenda sehingga RM50,000

27 January 2021
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN