(Artikel ini dibawakan oleh YES)
Seperti air dan elektrik, talian internet kini menjadi satu keperluan asas masakini. Setiap orang memiliki bukan satu, tetapi banyak peranti yang boleh berhubung ke internet. Seperti TV, komputer dan telefon pintar.
Pelan internet pula makin hari makin murah, dan memberi semakin banyak data untuk digunakan. Bagaimanapun, anda masih perlu membayar untuk menggunakannya. Tetapi ada cara anda boleh menikmati sehingga 100GB data percuma setiap bulan, dengan modal hanya RM1.
Modal RM1, percuma data sehingga 100GB
Perkara ini tidak mustahil, ia boleh dicapai jika anda membeli kad SIM YES di Shopee. Bukan itu sahaja, pengguna YES boleh menikmati internet percuma sehingga 100GB hanya dengan membeli-belah di Shopee.
Untuk memanfaatkan peluang ini sebaiknya, anda hanya perlu ikuti langkah yang kami sediakan di bawah ini.
Kad SIM RM1
Sebelum anda membeli kad SIM YES RM1, anda perlu mendaftar akaun di Shopee dahulu. Jika sudah, maka anda boleh mengunjungi Stor Rasmi YES di Shopee. Cari senarai YES Kasi Up Prepaid dan buat pembelian.
Pek permulaan prabayar YES kini ditawarkan pada harga hanya RM1 di Shopee, bersama penghantaran percuma. Kad SIM di dalam pek ini datang bersama pelan prabayar YES Kasi UP Prepaid 15, iaitu 10GB data dengan tempoh sah 30 hari.
Kemudian, nantikan ia tiba di peti surat rumah anda.
BONUS: 150 juta GB percuma
YES bekerjasama dengan Shopee untuk menyediakan sebanyak 150 juta GB data percuma untuk ditebus. Bertindak sekarang untuk menikmati lebih banyak data percuma, sebelum lebih ramai orang mendaftar.
Daftar aplikasi MyYES
Langkah seterusnya adalah muat turun aplikasi MyYES. Bolehlah buat dahulu sementara tunggu kad SIM sampai kan. Muat turun melalui pautan di bawah:
- Apple AppStore: https://apps.apple.com/us/app/myyes4g/id1321262375
- Google PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.yes.yes4g&hl=en&gl=US
Apabila kad sim YES sudah diterima, maka anda boleh meneruskan pendaftaran melalui aplikasi MyYES. Lancarkan aplikasi dan pilih New User. Kemudian pilih Activate SIM dan ikuti arahan yang diberikan.
Apabila selesai, maka anda akan dapat melihat pelan Prepaid Kasi Up LTE Plan dengan 10GB baki di muka utama aplikasi. Selesai bahagian pertama.
Data percuma dengan membeli-belah di Shopee
Selepas memiliki kad sim YES, anda boleh mendapatkan data percuma sehingga 100GB di Shopee. Caranya, dengan membeli-belah sahaja di Shopee.
Betul, dengan setiap pembelian RM50 di Shopee setiap bulan, anda akan menerima 5GB data percuma YES. Contohnya bulan Januari anda membeli-belah sebanyak RM450, maka anda akan menerima 45GB data percuma pada bulan Februari.
Data percuma ini diberikan dalam bentuk baucar. Anda tidak perlu berbuat apa kerana ia diberikan terus kepada anda menerusi notis di Shopee. Tetapi anda perlukan cara yang betul untuk menebus baucar ini.
Cara tebus baucar data percuma YES x Shopee
Pastikan anda sentiasa memeriksa notifikasi di Shopee, tentang data percuma YES yang anda terima setiap bulan. Apabila anda menekan pada notifikasi itu, ia akan membawa ke laman baucar. Satu kod unik baucar akan dijana untuk anda. Simpan kod ini.
Kemudian buka aplikasi MyYES, klik pada banner tebus baucar Shopee x YES di bawah. Isikan baucar kod dan nama pengguna Shopee anda. Baucar kod dan nama pengguna ini harus sama. Tekan ‘Sahkan’.
Selepas baucar disahkan dengan maklumat tepat, anda akan dapat melihat jumlah data yang diterima dan tempoh sah 30 hari. Dibawahnya, terdapat tarikh luput iaitu 4 bulan dari tarikh kod baucar dikeluarkan.
Di sini, anda boleh memilih ‘Tebus’ untuk menggunakan baucar ini sekarang, atau membiarkannya untuk digunakan di kemudian hari, sebelum tarikh luput.
Jadi, dengan membeli-belah seperti biasa di Shopee, anda akan menerima data YES percuma setiap bulan. Sehingga 100GB data Yes percuma boleh diterima setiap bulan.
BONUS: Jana wang dengan Yes Kasi Up Rujuk & Jana
Bukan sahaja internet percuma, anda juga boleh menjana wang dengan YES sekarang, menerusi kempen YES Kasi Up Rujuk & Jana. Jana kod rujukan anda menerusi aplikasi MyYES, seterusnya ajak keluarga dan rakan anda mendaftar mana-mana pelan Yes Kasi Up, menggunakan kod rujukan anda.
Sehingga RM50 boleh diterima oleh anda dan keluarga/rakan untuk setiap rujukan. Ganjaran ini boleh dihantar masuk ke akaun bank dan digunakan sebagai wang tunai.
Pelan internet paling murah
YES kini menyediakan pelan internet paling murah boleh dilanggan di Malaysia. Untuk prabayar, dengan hanya RM15/bulan, pengguna akan menerima 10GB data yang sah digunakan selama 30 hari. Pelan prabayar termurah dengan data paling banyak dan tempoh sah paling panjang.
Pelan pascabayar YES juga tidak kurang hebatnya. Pelan Kasi Up Postpaid 49 yang berharga RM49/bulan, datang bersama 100GB data. Malah, pelan ini ditawarkan percuma selama 6-bulan, jika anda mendaftar kontrak 24-bulan.
Kalau data ini masih tak cukup, anda boleh menambah kuota data dari RM10 untuk 10GB sehingga RM30 untuk 30GB. Hanya RM1 untuk setiap 1GB.
Muat turun aplikasi MyYes sekarang di Google Playstore atau Apple AppStore, atau layari laman web www.yes.my dan Shopee, untuk maklumat lanjut dan mula menggunakan YES. Dapatkan internet yang murah, pantas dan percuma, hanya dengan YES.