• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cari cinta di Instagram, akhirnya rugi RM26 ribu

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:35 pm
  • 03/02/2021
  • Komen
Cari cinta di Instagram, akhirnya rugi RM26 ribu
Share on FacebookShare on Twitter

Satu kes penipuan love scam berlaku di Kota Bharu, Kelantan melibatkan mangsa seorang ibu tunggal berusia 40-an. Dia pada mulanya mengenali suspek lelaki di aplikasi Instagram dan diperdaya kononnya individu tersebut menetap di United Kingdom.

Kronologi kes

Suspek dan mangsa mula berkenalan sejak Ogos 2020, kemudian suspek menyatakan bahawa dia ingin menjalinkan hubungan yang lebih intim bersama mangsa.



Oleh itu, mangsa yang terperdaya mula membuat bayaran berjumlah RM2,200 ke satu akaun bank tempatan kononnya milik rakan suspek di Malaysia bagi tujuan tempahan sebentuk cincin.

Sebulan selepas itu, suspek yang kononnya bekerja di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa dikatakan memberi alasan akan datang ke Malaysia atas urusan menuntut harta bapanya bernilai RM3 juta. Dia meminta mangsa yang juga seorang penjawat awam menanggung segala perbelanjaannya sepanjang berada di Malaysia.



Mangsa pos kad ATM

Justeru, pada hujung September, mangsa mengepos satu kad pengeluaran juruwang automatik (ATM) miliknya ke satu alamat di Lembah Klang bagi memudahkan suspek membuat pengeluaran wang.

Dalam tempoh tiga bulan selepas itu, mangsa mendepositkan wang lebih RM10 ribu ke akaun bank milik suspek bagi tujuan perbelanjaan suspek di Malaysia. Pada awal Januari 2021, mangsa membuat satu lagi deposit RM3,000 ke satu akaun bank tempatan yang berbeza bertujuan ingin membantu suspek.

Akhirnya, mangsa yang mengesyaki dirinya ditipu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh. Mangsa juga mendapati ada kemasukan secara berperingkat sejumlah wang lain ke dalam akaun bank miliknya yang diserahkan kepada suspek.

Modus operandi Love Scam

Ada bermacam taktik yang diugunakan oleh suspek untuk mendapatkan duit mangsa, namun secara umumnya, mereka akan menggunakan platform media sosial untuk berkenalan dengan mangsa.

Berikut merupakan antara cara yang sering digunakan oleh suspek Love Scam untuk menjerat mangsanya:

  1. Suspek akan berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram.
  1. Mangsa kemudian dijanjikan menerima barangan bungkusan seperti barang kemas dari luar negara.

3. Barang tersebut dikatakan dalam tahanan kastam dan mangsa perlu menjelaskan pembayaran pelepasan barang tersebut.

4. Mangsa terpedaya dan membuat pembayaran kepada individu yang kononnya adalah pihak kastam.

5. Mangsa sedar ditipu setelah selesai pembayaran kerana barang dijanjikan tidak ada.

Suspek kebiasaannya akan menghubungi mangsa melalui email, panggilan telefon dan aplikasi media sosial untuk terus memperdaya mangsa.

Oleh itu, bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa, anda perlu sentiasa berwaspada dengan individu yang dikenali melalui dalam talian terutamanya apabila mereka meminta maklumat kewangan, akaun bank atau wang sebagai bayaran serta pinjaman.

[Sumber: BH, Bernama]

Tags: Love scamSCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cari cinta di Instagram, akhirnya rugi RM26 ribu

Cari cinta di Instagram, akhirnya rugi RM26 ribu

3 February 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN