• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Ciri baru Instagram ini mampu lindungi pengguna daripada hacker

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:42 pm
  • 03/02/2021
  • Komen
Instagram akan ada lebih banyak iklan selepas ini
Share on FacebookShare on Twitter

Instagram menambah ciri baharu yang dikenali sebagai Recently Deleted (baru dipadam). Hampir sama dengan ciri archive, ia boleh kembalikan semula kandungan yang tiada, namun, fungsinya sedikit berbeza.

Untuk archive, pengguna boleh simpan kandungan dan hadirkan semula pada profil pada bila-bila masa sahaja yang dimahukan. Namun, melalui ciri Recently Deleted, pengguna boleh padam kandungan Instagram dan boleh munculkannya semula tetapi pada tempoh yang tertentu sahaja.



Melalui ciri Recently Deleted ini, Instagram telah menambah perlindungan kepada pengguna untuk mengelakkan penggodam daripada memadam secara terus perkongsian imej atau video yang telah anda muat naik.

Tambahan lagi, ciri Recently Deleted bukan sahaja membolehkan kandungan pada halaman utama di kembalikan semula, malah ia turut berfungsi pada stories dan IGTV.



Kandungan yang anda pilih untuk padam akan dikeluarkan dari akaun serta-merta dan dipindahkan ke tempat simpanan Recently Deleted. Bagi stories, sekiranya ia dipadam, ia akan tersimpan di dalam Recently Deleted dalam tempoh 24 jam sahaja.

Manakala bagi kandungan yang lain pula seperti suapan Instagram dan IGTV, ia akan kekal di dalam Recently Deleted selama 30 hari sebelum ia dimusnahkan terus.

Oleh itu dengan adanya ciri ini, Instagram akan meminta pengguna untuk mengesahkan terlebih dahulu bahawa mereka adalah pemegang akaun yang betul semasa memadam atau mengembalikan kandungan secara kekal dari Recently Deleted.

Sepanjang tempoh 30 hari itu, kandungan yang berada di dalam Recently Deleted tidak akan dapat dilihat oleh pengguna Instagram yang lain.

Cara menggunakan Recently Deleted

Anda boleh mengakses kandungan yang sudah dipadam dengan mengikut cara di bawah:

  1. Pergi ke tetapan
  2. Pilih akaun
  3. Kemudian pilih Recently Deleted.

Dari sini anda boleh memilih untuk kembalikan sesebuah kandungan itu atau menghapuskannya secara kekal. Namun ciri ini akan menemui pengguna secara berperingkat. Oleh itu, pastikan Instagram anda dikemaskini.

Oleh itu, ciri ini bukan sahaja berguna jika akaun anda digodam, malah sekiranya anda terpadam sesuatu kandungan tanpa berikir terlebih dahulu, ini adalah ciri yang sesuai untuk kembalikannya semula.

[Sumber: Instagram]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Instagram akan ada lebih banyak iklan selepas ini

Ciri baru Instagram ini mampu lindungi pengguna daripada hacker

3 February 2021
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER