• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi sedia Internet percuma untuk 12 PPR, pelajar boleh ikuti PdPR tanpa gangguan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:51 pm
  • 16/02/2021
  • Komen
Digi sedia Internet percuma untuk 12 PPR, pelajar boleh ikuti PdPR tanpa gangguan
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam usaha membantu memudahkan urusan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Digi Telecommunications Sdn Bhd menyediakan beberapa alternatif percuma khas buat pelajar dari komuniti B40 yang tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR).

Wifi 4G percuma

Sebagai satu langkah untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan sesi PdPR secara dalam talian, Digi telah memasang WiFi 4G percuma di 12 Program Perumahan Rakyat. Antara Negeri yang terlibat ialah Perlis, Perak, Terengganu, Melaka dan Johor. Namun, inisiatif ini adalah sehingga hujung April sahaja.



Selain itu, Digi turut memasang penghala tanpa wayar (wireless router) di kemudahan awam dalam kawasan PPR pada dua bulan lalu. Ia dilakukan untuk memastikan pelajar dapat mengikuti kelas dalam talian tanpa sebarang gangguan.

Waktu operasi Pusat Internet Komuniti dilanjutkan

Di samping itu, 11 Pusat Internet Komuniti (PIK) yang dikendalikan oleh Digi di Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor telah melanjutkan waktu operasinya dari jam 9 pagi hingga 9 malam pada setiap hari.



Ini membolehkan para pelajar menggunakan kemudahan serta peranti di PIK bagi mengikuti pembelajaran dalam talian. PIK juga dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang ketat.

Selain itu, PIK turut memberi akses kepada pelajar terhadap sumber pembelajaran tambahan seperti Jom Tuisyen. Didalamnya terdapat koleksi video interaktif pelbagai bahasa dan pelajar boleh mengulangkaji lebih daripada 180 mata pelajaran teras melaluinya.

30GB data percuma

Tambahan lagi, sejak April tahun lalu, Digi telah mengusahakan pemberian data 30GB sebulan, bersamaan 1GB setiap hari secara percuma kepada semua pelanggannya. Ia dilakukan untuk menampung keperluan rakyat terhadap kemudahan internet dan pendidikan secara dalam talian.

Selain itu, pada Januari tahun ini, Digi telah memperkenalkan Pakej Data Khas dengan tawaran 15GB pas data prabayar serendah RM20 sebulan. Ia khusus ntuk pelajar lepasan SPM, STPM dan juga pelajar di institusi pengajian tinggi.

Inisiatif yang dilakukan oleh Digi ini dapat membantu golongan pelajar terutamanya dari isi rumah B40 untuk mendapatkan kemudahan internet dengan mudah seiring dengan keperluannya buat masa kini.

Tags: digi
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Digi sedia Internet percuma untuk 12 PPR, pelajar boleh ikuti PdPR tanpa gangguan

Digi sedia Internet percuma untuk 12 PPR, pelajar boleh ikuti PdPR tanpa gangguan

16 February 2021

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER