Sebelum ini, Google Maps hanya menyediakan mod gelap pada ciri navigasi sahaja. Dengan mengaktifkan skema warna gelap (night) pada paparan peta, pengguna akan lihat peta menjadi gelap dan ia boleh di ubah pada bila-bila masa. Namun pada bahagian lain, ia tetap berada pada paparan cerah.
Khusus buat pengguna Android, terbaharu, Google Maps menawarkan ciri mod gelap, tetapi bezanya ia bukan sahaja diaktifkan pada peta ketika anda sedang menavigasi, malah semua ciri yang ada dalam aplikasi itu juga akan kelihatan gelap. Ia termasuklah bahagian profil, tetapan dan sebagainya.
Ciri ini baru sahaja diperkenalkan setelah ia diuji sejak tahun 2020. Melalui kemaskini ini, ada tiga mod paparan yang boleh anda pilih untuk Google Maps. Antaranya ialah:
- Sentiasa dalam tema cerah
- Sentiasa dalam tema gelap
- Sama dengan tema peranti
Oleh itu, ntuk menggunakan mod gelap, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi Google Maps anda, kemudian pergi ke tetapan, pilih tema (theme) dan pilih sentiasa dalam tema gelap (Always In Dark Theme).
Mod gelap Google Maps ini akan dilancarkan kepada semua pengguna Android tidak lama lagi. Dengan adanya ciri ini, pengguna dapat menjimatkan hayat bateri ketika sedang melakukan navigasi.
[Sumber: TheVerge, 9to5Google]