Siri Samsung Galaxy A adalah yang berada di bawah Galaxy S daripada sudut hierarki penawaran jenama tersebut. Ia sering kali hadir dengan spesifikasi yang sedikit rendah berbanding flagship.
Tapi, pengganti kepada Galaxy A71 iaitu Galaxy A72 khabarnya akan terima beberapa ciri flagship baru. Tiga ciri yang dispekulasikan akan dimiliki Galaxy A72 kelak adalah seperti:
- Skrin berefresh rate tinggi
- Speaker stereo
- Kamera dengan zoom optikal 3X dan ada Space Zoom
- Kekalisan debu/air IP67
Kalaulah semua senarai ini menjadi kenyataan, tidak syak lagi ini adalah naik taraf paling signifikan Galaxy A selepas Galaxy A80 tempoh hari.
Andainya Samsung nak tambah baik A72, ia mestilah lebih baik berbanding A71. Berikut adalah spesfikasi yang perlu dipintas A72:
- SoC Snapdragon 730
- RAM 8GB + Storan 128GB UFS 2.1
- Kamera utama belakang 64MP manakala kamera selfie 32MP
- Bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 25W
Dengan naik taraf sebegitu, jangkakan harga pelancaran yang lebih tinggi, mungkin melebihi RM2,000. Untuk perbandingan, Samsung Galaxy A71 dan A51 sewaktu dilancarkan dulu ada tanda harga masing-masing RM1,799 dan RM1,299.
Sumber: SamMobila