• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Suka berceloteh & pakar dalam Mobile Legends? Sertai ujibakat pengacara ini

  • OLEH Najib
  • 12:03 pm
  • 12/03/2021
  • Komen
Suka berceloteh & pakar dalam Mobile Legends? Sertai ujibakat pengacara ini
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda berbakat dalam bercakap dan menjadi hos acara, serta memiliki maklumat mendalam tentang permainan mudahalih Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), maka anda dijemput untuk menyertai pencarian caster baru MLBB oleh Moonton. Mereka kini mengadakan acara ujibakat untuk mencari penyampai berbahasa Melayu dan Inggeris.

Untuk menyertainya, peserta perlu menghantar video pendek antara 3-5 minit di dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Di dalam video tersebut, perkenalkan diri anda secara ringkas dan bercerita tentang penglibatan dan minat dalam industri Esukan atau permainan video. Berikan juga sebab kenapa anda harus dipilih. Selepas itu, anda hendaklah membuat ulasan mengenai perlawanan MLBB di dalam video ini.



Rakaman video mestilah dalam kualiti HD dan ia perlu dimuat naik di YouTube. Tetapkan pautan kepada Public dan sertakan link YouTube di dalam permohonan anda. Jika disenarai pendek, anda akan dipanggil oleh Moonton untuk ditemuduga.

Anda juga perlulah memenuhi syarat kemasukan iaitu berumur 18 tahun ke atas, fasih dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, dapat menampilkan diri dengan baik di depan kamera, mempunyai minat terhadap Mobile Legends: Bang Bang serta menetap di Kuala Lumpur atau di Selangor (atau mempunyai tempat untuk menginap di Kuala Lumpur atau Selangor dan boleh datang ke lokasi jika di perlukan).



Selain itu, anda juga harus maklum bahawa ini adalah uji bakat, dan bukan satu pertandingan. Tiada pemenang atau hadiah selepas pemilihan uji bakat tamat. Lebih daripada satu individu akan dipilih dari pihak management dan kontrak akan dirunding secara individu, sekiranya dipilih.

Kalau anda berminat, maka anda boleh menghantar permohonan menerusi Google Form di sini. Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Mac 2021.

[Gambar: IO Esports]

Tags: mobile legendsmoonton
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Suka berceloteh & pakar dalam Mobile Legends? Sertai ujibakat pengacara ini

Suka berceloteh & pakar dalam Mobile Legends? Sertai ujibakat pengacara ini

12 March 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER