“Mudah Alih” adalah kata kunci kepada e-sukan masa depan. Lihat sajalah lambakkan permainan PC yang dimudahalihkan seperti Mobile Legends, PUBG, dan sebagainya. Maka, pemain memerlukan sebuah peranti yang betul-betul berkuasa yang mampu menggalas bebanan pengkomputeran berat semasa bermain. Terkini, Xiaomi dilaporkan akan melancarkan sebuah platform permainan mudah alih Black Shark pada 13 April ini.
Daripada imej yang dibocorkan, Black Shark memiliki rupa lebih kepada konsol permainan berbanding telefon kerana dilengkapi butang-butang kawalan di serata badannya.
Tiada maklumat konkrit berkaitan spesfikasi teknikal, tapi ramai yang mengatakan ia adalah mirip Razer Phone. Maka, anda boleh menjangkakan komponen seperti:
- Cip Snapdragon 845
- Paparan HD penuh 18:9 pada resolusi 2160×1080
- Skurang-kurangnya 6GB RAM
- Storan minimum 128GB yang boleh diperluas melalui slot mikro-SD
Di bawah adalah gambar yang diutuskan CEO Razer Min-Liang Tan bertemu pengasas Xiaomi pada Jun 2017. Adakah Razer telah menyuntik ilham pada Xiaomi untuk menghasilkan Black Shark?
[Sumber: GizmoChina]