• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Syarikat besar boleh bayar wikipedia untuk dapat lebih kawalan kandungan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:33 pm
  • 17/03/2021
  • Komen
Syarikat besar boleh bayar wikipedia untuk dapat lebih kawalan kandungan
Share on FacebookShare on Twitter

Wikimedia Foundation merancang untuk membuat perkhidmatan berbayar untuk syarikat yang menggunakan data dari Wikipedia dan ia akan dilancarkan kelak pada tahun ini.

Khusus untuk syarikat gergasi seperti Google, Facebook, Apple dan Amazon, mereka akan dikenakan bayaran untuk menggunakan perkhidmatan tambahan setiap perkongsian kandungan di Wikipedia.



Dinamakan ‘Wikimedia Enterprise’, platform ini akan menyediakan alat pembangun berbayar (paid developer tools) untuk memudahkan syarikat dan organisasi mengguna sebarang data di Wikimedia. Ia seperti versi premium API Wikipedia. Pelanggan boleh menghantar data lebih cepat atau data diformat mengikut keperluan mereka.

Syarikat teknologi tinggi menggunakan Wikipedia dengan pelbagai cara. Knowledge box milik Google menggunakan maklumat dari Wikipedia. Pembantu maya seperti Amazon Alexa and Apple Siri juga mempunyai input dari platform yang sama.



Contoh di bawah ini merupakan carian mengenai presiden AS, Barack Obama. Di bahagian kanan merupakan knowledge box dan maklumatnya adalah sumber dari Wikipedia.

Pengarah kanan Wikimedia Foundation, Lane Becker ada menyatakan bahawa syarikat itu mungkin sudah membayar pekerja untuk membersihkan data Wikipedia, dan Wikimedia Enterprise akan melakukan pembersihan seperti itu di sumbernya.

Namun begitu, perkara ini tidak akan mengubah cara perkhidmatan Wikipedia kepada pengguna individu, anda masih boleh menggunakannya dengan percuma.

Wikimedia menegaskan bahawa mereka tidak memaksa syarikat besar untuk membayar di Wikipedia. Namun ia merupakan salah satu perkhidmatan yang berpotensi membolehkan syarikat besar itu tampil dengan suntingan yang paling dipercayai oleh masyarakat.

[Sumber: TheVerge, Techradar]

Tags: wikipedia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Syarikat besar boleh bayar wikipedia untuk dapat lebih kawalan kandungan

Syarikat besar boleh bayar wikipedia untuk dapat lebih kawalan kandungan

17 March 2021
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN