Lego mempersembahkan set permainan bata lego barunya iaitu NASA Space Shuttle Discovery. Set ini merupakan perincian pesawat angkasa Discovery misi STS-31 yang melancarkan teleskop Hubble Space pada bulan April 1990.
Pelancaran set ini juga secara tidak langsung menandakan ulang tahun ke-40 sejak penerbangan Space Shuttle pertama pada 12 April 1981.
Kapal Angkasa Space Shuttle Discovery
Sesuai untuk pengguna 18 tahun ke atas, Lego NASA Space Shuttle Discovery mempunyai 2,354 bata lego dan hasilnya mempamerkan perincian gambaran sebenar pesawat itu.
Pesawat ini tampil lengkap dengan gear pendaratan yang berfungsi, dan pintu bay muatan (payload bay doors) yang terbuka satu demi satu. Dalam misi STS-31, kabin kru mempunyai lima tempat duduk lengkap dengan panel kawalan, rekaan pesawat lego ini tampil sama dengan pesawat asal itu.
Sementara itu, pertengahan dek pula mengandungi loker simpanan pesawat ibarat untuk menyimpan peralatan misi ke angkasa. Ada juga ruang untuk lima anak kapal dan kunci udara ke ruang muatan (payload bay).
Bahagian belakang Discovery menempatkan tiga enjin utama yang digunakan untuk dilancarkan ke orbit. Pada bahagian sisi, ia diapit dengan enjin yang lebih kecil dan juga sayap pesawat (elevons).
Selain itu, dapat dilihat juga perincian rudder ekor pesawat yang pada asalnya berfungsi sebagai brek laju untuk membantu kawalan pendaratan di landasan.
Teleskop Hubble Space
Perincian teleskop Hubble Space juga sama seperti teleskop asli yang diterbangkan ke angkasa. Susunan surya foil emas serta reka bentuknya bewarna perak logam menjadikan ia lebih realistik.
Teleskop ini boleh disimpan di ruang muatan payload bay dan boleh juga diasingkan dari pesawat Discovery.
Harga dan tarikh jualan
Model ini dilengkapi dengan dua alat bantuan berdiri (stands) dan plak bagi pesawat dan juga Teleskop Hubble Space. Ia dijual dengan harga RM799.90.
Ia akan tersedia di kedai cawangan sah LEGO dan LEGOLAND bermula 1 April 2021. Jika anda tempatkan satu set lego ini di ruang kerja, sudah tentu ia akan kelihatan hebat.