• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Twitter mula uji profil peniagaan yang direka semula, ini bezanya berbanding akaun biasa

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:50 pm
  • 23/04/2021
  • Komen
Twitter mula uji profil peniagaan  yang direka semula, ini bezanya berbanding akaun biasa
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter telah mula menguji profil perniagaan yang direka semula. Dalam rekaan ini, pengguna boleh memaparkan lebih banyak maklumat yang dapat dilihat oleh bakal pelanggan.

Berdasarkan perkongsian Twitter, nama fungsi baru ini ialah “Professional Profiles”. Bezanya dengan akaun biasa ialah ada paparan about di muka depan profil itu. Pada ruang about tersebut mengandungi alamat, waktu operasi, contact, peta serta get directions (dapatkan lokasi).



Jadi, pelanggan boleh tekan mana-mana pilihan untuk berhubung dengan peniaga. Cara ini juga mudah untuk pelanggan mendapatkan produk atau perkhidmatan yang disediakan, selain berhubung melalui mesej terus (DM- Direct message).

https://twitter.com/TwitterBusiness/status/1384968745156755458

Tetapi di produk pesaingnya Facebook, bahagia about sudahpun lama ada. Di sana pengguna boleh masukkan info seperti URL laman sesawang, alamat, serta peta.



Berbalik kepada “Professional Profiles” Twitter, pembangunnya mengatakan bahawa profil perniagaan ini akan membolehkan perniaga, penerbit, pencipta dan pengguna lain memaparkan maklumat khusus yang mereka mahu pelanggan lihat.

Twitter telah mula menguji Professional Profiles dan ia melibatkan sejumlah kecil pemilik perniagaan di AS. Ciri ini akan dilancarkan kepada lebih banyak akaun dalam beberapa bulan akan datang.

Apabila fungsi ini tiba di Malaysia nanti, tentunya ia dapat membantu ramai peniaga wujudkan brand awareness melalui platfrom Twitter. Jadi, lebih ramai individu akan mengetahui tentang sesbuah perniagaan dan secara tidak langsung, peniaga juga akan dapat lebih banyak jualan serta keuntungan.

[Sumber: Engadget]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Twitter mula uji profil peniagaan  yang direka semula, ini bezanya berbanding akaun biasa

Twitter mula uji profil peniagaan yang direka semula, ini bezanya berbanding akaun biasa

23 April 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN