• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Vision S dengan HarmonyOS & kamera 180º dilancar di Malaysia dari RM2,999

  • OLEH Najib
  • 10:35 am
  • 28/04/2021
  • Komen
Huawei Vision S dengan HarmonyOS & kamera 180º dilancar di Malaysia dari RM2,999
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Vision S akhirnya telah dilancarkan di Malaysia. Ini adalah pelancaran pertamanya di luar China, menjadikan Malaysia sebagai pasaran pertama Huawei Vision S di peringkat antarabangsa.

Terdapat dua saiz paparan Huawei Vision S yang diperkenal di Malaysia, 55-inci dan 65-inci dengan harga rasmi seperti berikut:



  • Huawei Vision S 55″ – RM 2,999
  • Huawei Vision S 65″ – RM 3,999

Sebagai promosi pengenalan, Huawei membuka tempahan awal untuk siri Vision S, yang menyediakan rebat dan hadiah percuma. Tempahan awal ini dibuka dari 27 April sehingga 2 Mei 2021 dan boleh didapati di Stor Huawei Experience (HES), Stor Online Huawei, Lazada, Senheng, SenQ, Astro Go Shop dan Shopee.

Hadiah yang disediakan untuk tempahan awal berupa:



  • Huawei Vision S 55″ – Rebat RM200, menjadikan harganya cuma RM2,799 (Stor Online Huawei & Shopee)
  • Huawei Vision S 65″ – Percuma WiFi AX3 Quad Core (1,000 unit) dan Freelace Pro (Stor Online Huawei & Lazada)

Selain itu, pembeli siri Huawei Vision S turut berpeluang untuk memenangi sebuah lagi Huawei Vision S 65-inci. Sebanyak 15 unit Vision S 65-inci disediakan dalam cabutan bertuah untuk pembeli siri Vision S dari 27 April sehingga 16 Mei 2021.

Spesifikasi

Kedua-dua Vision S 55-inci dan 65-inci menggunakan panel LCD 4K dengan kadar penyegaran 120Hz. Ia juga dipasang dengan pencahayaan Direct LED dengan kadar kecerahan setinggi 350 nits, nisbah kontras 5,000:1 dan julat warna DCI-P3 92%.

Sistem bunyi dihasilkan dari 4 pembesar suara (2x 10W frekuensi penuh + 2x 10W tweeter) dan diperkasa dengan teknologi audio Huawei Histen. Pembesar suara ini boleh digunakan secara sendiri walaupun skrin dimatikan.

Keunikan Huawei Vision S adalah pada kamera magnetik 13MP boleh putar yang dipasang di atas skrin. Ia boleh digunakan untuk mengambil gambar serta membuat panggilan video. Dengan aplikasi Huawei Meetime, pengguna boleh membuat panggilan berkuaiti tinggi HD Penuh 1080p bersama pengguna peranti Huawei yang lain. Malah, panggilan Meetime juga boleh ditukar antara telefon pintar dan Vision S melalui fungsi MeeTime Video Call Transfer.

Sebagai paparan boleh berhubung, Vision S boleh disambungkan melalui alat kawalan jauh Bluetooth yang turut menyokong NFC. Ia juga boleh digunakan sebagai paparan pendua untuk bermain game atau menghantar gambar, video dan aplikasi di antara telefon pintar dan Vision S.

Paparan pintar ini juga menyokong pembantu suara maya. Ia boleh diaktifkan dengan memanggil “Hey Celia”. Menurut Huawei, ia boleh mengecam suara dalam jarak 5 meter melalui 6 mikrofon terbina di dalamnya.

Kuasa pemproses Vision S dipercayai menggunakan cip HongHu, bersama RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Ia menyokong WiFi 2.4GHz dan 5GHz serta memiliki sambungan berwayar HDMI x3, AV x1, USB 3.0 x1 dan SPDIF x1. Dari helaian spesifikasi, ia tidak menyenaraikan penala TV (TV tuner) bermakna tidak boleh menonton TV Digital MyTV. Hanya boleh guna untuk menonton kandungan dalam talian atau menyambung HDMI ke peranti lain.

Memandangkan ia bukan TV Pintar tetapi lebih kepada monitor pintar, tarikannya adalah pada kandungan yang boleh digunakan padanya. Selain itu, dengan menggunakan HarmonyOS menjadikan ia lebih mesra ekosistem Huawei seperti telefon pintar, tablet dan produk IoT lain. OS ini akan mula dipasang di telefon pintar tidak lama lagi, bermula dengan Huawei Mate X2.

Tags: HuaweiHuawei Vision S
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Huawei Vision S dengan HarmonyOS & kamera 180º dilancar di Malaysia dari RM2,999

Huawei Vision S dengan HarmonyOS & kamera 180º dilancar di Malaysia dari RM2,999

28 April 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER