• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SK Magic lancar Jiksoo Ria, penapis air tanpa tangki mampu milik dari RM75/bulan

  • OLEH Najib
  • 10:07 am
  • 02/05/2021
  • Komen
SK Magic lancar Jiksoo Ria, penapis air tanpa tangki mampu milik dari RM75/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

SK Magic, jenama kelengkapan rumah terkemuka di Korea Selatan, baru-baru ini telah melancarkan satu model baharu penapis air mereka di Malaysia. Jiksoo Ria adalah penapis air tanpa tangki dengan harga yang amat mampu dimiliki oleh pengguna.

Air dari sumber bertakung menjadi kolam pembiakan untuk bakteria dan alga yang biasa ditemui dalam penapis air bertangki. Sebagai peneraju teknologi tanpa tangki, teknologi canggih penapis air SK Magic didatangkan dengan sistem penapisan teknologi nano yang inovatif, serta sistem pensterilan UV tab air yang mampu menapis virus, bakteria, mikroplastik dan logam berat, di samping membolehkan mineral-mineral penting melaluinya.



Lebih penting lagi, SK Magic percaya bahawa bahawa air minuman yang bersih dan segar bukanlah barangan mewah, ia seharusnya mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia. Kerana itu, model terbaru Jiksoo Ria ini dijual pada harga RM3,800 sahaja, antara yang termurah boleh didapati di Malaysia.

Untuk menjadikannya lebih mampu milik, Jiksoo Ria ditawarkan dalam bentuk sewaan sehingga 7 tahun, dengan promosi dari serendah RM75/bulan. Ia datang bersama penyelenggaraan setiap 2 bulan.



Sebagai promosi pengenalan, dari 1 Mei sehingga 26 Jun 2021, SK Magic menawarkan harga promosi untuk membeli dan menyewa Jiksoo Ria iaitu:

SEWA Jiksoo Ria 3 tahun – RM160/bulan
SEWA Jiksoo Ria 5 tahun – RM105/bulan RM95/bulan
SEWA Jiksoo Ria 7 tahun – RM75/bulan

BELI Jiksoo Ria bersama penyelenggaraan 1 tahun – RM3,800
BELI Jiksoo Ria bersama penyelenggaraan 3 tahun – RM4,400

Selepas tamat pelan, penyelenggaraan Jiksoo Ria boleh didapati dari RM540/tahun.

Jiksoo Ria menyediakan air yang ditapis dalam tiga tetapan suhu (sejuk, suhu persekitaran, panas) menerusi sistem pemanasan dan penyejukan segera yang canggih. Selamat untuk kanak-kanak dan mesra pengguna, penapis air ini dilengkapi panel paparan yang direka secara estetik.

Reka bentuknya yang anggun lagi minimalis bukan sahaja membolehkannya berpadan dengan ruang kehidupan bandar yang sempit, tetapi juga tampil sebagai sebahagian daripada hiasan rumah .

Penapis air tanpa tangki teknologi Jiksoo daripada SK Magic juga menampilkan penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah, dimana Jiksoo Ria hanya menggunakan 730Wh sahaja setiap hari. Ini hanya berharga sehingga 16 sen setiap hari dan RM5 sebulan dalam bil elektrik, menambah tarikan Jiksoo Ria sebagai penapis air yang mampu dimiliki di pasaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai penapis air dan lain-lain produk keluaran SK Magic, layari laman web www.skmagic.com.my.

Tags: SK MagicSK Magic Jiksoo Ria
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
SK Magic lancar Jiksoo Ria, penapis air tanpa tangki mampu milik dari RM75/bulan

SK Magic lancar Jiksoo Ria, penapis air tanpa tangki mampu milik dari RM75/bulan

2 May 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER