• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

3 telefon pintar mampu milik dan 2 TV premium Xiaomi akan dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:38 am
  • 06/05/2021
  • Komen
3 telefon pintar mampu milik dan 2 TV premium Xiaomi akan dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pasaran gajet di Malaysia akan dilambakkan dengan 5 lagi produk baru Xiaomi hujung bulan ini. Perkara ini diumumkan oleh Xiaomi Malaysia menerusi satu jemputan ke majlis pelancaran yang telah dihantar kepada pihak media.

Dalam jemputan tersebut, majlis pelancaran ini akan diadakan pada hari Khamis, 20 Mei 2021. Ia akan bersiaran secara langsung menerusi Facebook Xiaomi Malaysia, bermula pukul 8 malam.



Perkara ini pasti menarik perhatian ramai kerana Xiaomi turut memberitahu apakah 5 produk baru yang akan mereka lancarkan nanti. Ia adalah 3 model telefon pintar dan buat pertama kalinya, TV pintar Xiaomi akan dilancarkan di Malaysia.

5 model baru ini adalah:



  1. Mi 11i
  2. Redmi Note 10S
  3. Redmi Note 10 5G
  4. Mi TV Q1 75”
  5. Mi TV P1 55”

Sementara telefon pintar dilihat adalah model kelas pertengahan dalam julat mampu dimiliki, TV pintar Xiaomi ini adalah daripada kelas premium. TV Pintar ini datang dalam saiz 55-inci dan 75-inci, tetapi ia pasti diperkenal dengan harga yang lebih murah berbanding jenama lain dengan fungsi yang serupa.

Mi TV Q1 75”

Spesifikasi tentang kelima-lima produk ini telah pun diketahui kerana ia telah dilancarkan di negara lain, tetapi perkara yang menanti ramai adalah berapakah harganya? Ini kerana Xiaomi terkenal sebagai peranti yang memiliki harga lebih murah dari jenama lain.

Nantikan laporan rasmi dari kami pada hari pelancaranna, 20 Mei 2021. Anda juga boleh turut sama menyaksikan majlis pelancaran ini, di Facebook Xiaomi Malaysia bermula 8 malam.

Tags: xiaomiXiaomi Mi 11iXiaomi Mi TV P1Xiaomi Mi TV Q1Xiaomi Redmi Note 10 5GXiaomi Redmi Note 10S
Najib

Najib

POPULAR

3 telefon pintar mampu milik dan 2 TV premium Xiaomi akan dilancar di Malaysia

3 telefon pintar mampu milik dan 2 TV premium Xiaomi akan dilancar di Malaysia

6 May 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN