Dulu, kalau nak buat PC, kita akan merayau-rayau di Plaza Lowyat ataupun Digital Mall sambil menaakul helaian senarai harga. Tapi semua itu bakal jadi kenangan apabila anda boleh lakukannya terus dari rumah. Kini, Lazada menawarkan perkhidmatan yang serupa di laman web mereka supaya anda tak perlu bersesak-sesak di luar sana.
Di laman Lazada, terdapat satu laman khas untuk kempen “Build Your Own PC”. Anda perlu mengikuti 8 langkah berikut untuk membina PC:
- Pilih papan utama
- Pilih CPU
- Pilih GPU
- Pilih RAM
- Pilih Storan
- Pilih Kotak Pembekal Kuasa
- Pilih Casing
- Pilih Penyejuk
Sesudah memilih, anda boleh ber-chat dengan pakar komputer, wakil Lazada, untuk bertanyakan perkara berkaitan komputer sebelum memuktamadkan pembelian.
Sesudah muktamad, anda boleh terus ke fasa pembayaran dan komputer yang sudah siap dipasang akan tiba di muka pintu anda dalam masa 7 hari bekerja.
Jika masih malas, mereka turut ada menyediakan PC siap pasang jika anda kesuntukkan masa.
Layari laman Lazada untuk maklumat lanjut.