• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Satelit MEASAT-3 yang pancarkan isyarat ASTRO anda hanyut daripada orbit asal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:16 am
  • 19/07/2021
  • Komen
Satelit MEASAT-3 yang pancarkan isyarat ASTRO anda hanyut daripada orbit asal
Share on FacebookShare on Twitter

MEASAT-3 adalah salah satu daripada kumpulan satelit milik MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. Salah satu tugasnya ialah untuk pancarkan kandungan ASTRO kepada piring satelit di rumah anda dan jika anda perasan tentang ganggunan servis beberapa minggu lalu, ia adalah disebabkan satelit ini tidak berada di kedudukan sepatutnya.

Cakupan gelombang MEASAT-3

Sungguhpun pihak ASTRO sudahpun memulihkan semula servis anda dengan memindahkan tanggungjawab itu kepada satelit lain, masalah asalnya tetap ada kerana ia dikesan terus hanyut hari demi hari. Pengeluar satelit itu, Boeing Stallite System (BSS) sedang mengenal pasti apakah punca masalah itu.



Di slot longitude 91.5°E, MEASAT miliki MEASAT-3, MEASAT-3a, dan MEASAT-3b yang menjalankan tugasan hampir sama.

  • Kedudukan semasa MEASAT-3a
  • Kedudukan semasa MEASAT-3b
  • Kedudukan semasa MEASAT-3

Sebenarnya MEASAT-3 sudahpun sampai ke akhir hayatnya. Ia dilancarkan masuk ke orbit dalam tahun 2006 dan dijadualkan digantikan dengan yang baharu pada tahun ini dengan MEASAT-3d namun pelancarannya ditunda atas sebab-sebab yang tidak dikongsikan.



Daripada isyarat lokasi yang dipancarkan MEASAT-3 ia kini berada pada longitude 84.52°, kira-kira 7° daripada kedudukan asal.

Satelit MEASAT-3d yang akan dilancarkan nanti miliki keupayaan yang lebih baik. Ia katanya boleh mengangkut isyarat video 8K dan sambungan Internet sehingga 100Mbps.

Tags: astroMEASATmeasat-3measat-3d
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Satelit MEASAT-3 yang pancarkan isyarat ASTRO anda hanyut daripada orbit asal

Satelit MEASAT-3 yang pancarkan isyarat ASTRO anda hanyut daripada orbit asal

19 July 2021
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN