[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]
Telefon pintar kini sangat cangih sehingga ia menjadi satu keperluan asas untuk hidup. Jika 20 tahun lalu menghantar mesej pesanan ringkas SMS yang pendek adalah satu kebiasaan, kini setiap nombor telefon harus sedia menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp.
Salah satu bahagian yang memberi kesan besar kepada kecanggihan telefon pintar adalah skrin. Daripada titik piksel besar yang memaparkan perkataan dan nombor sahaja, pengguna kini disajikan dengan visual yang kelihatan sangat hidup seolah-olah wujud di depan mata. Tetapi adakah ini cukup bagus untuk anda?
Fizikal telefon sentiasa berubah
Rupa fizikal telefon mudah alih pada awalnya sangat besar – sebesar sebuah beg bimbit! – tetapi dengan skrin yang memaparkan nombor sahaja. Ia kemudian berubah sedikit demi sedikit dan tampil dalam pelbagai rekaan yang menarik seperti telefon gelungsur, telefon lipat, telefon putar dan bermacam jenis lagi.
Walaupun rekaan telefon mudah alih memiliki personaliti yang tersendiri dan sangat berbeza, skrin telefon pula tidak mempunyai banyak perubahan. Bermula dengan paparan teks sebaris monokrom, barisan ini bertambah kepada beberapa baris dengan resolusi lebih tinggi untuk memuatkan seluruh SMS papar di skrin.
Skrin sentuh tiba tapi tiada lagi perubahan fizikal
Evolusi skrin ini diteruskan pula kepada grafik berwarna dengan resolusi lebih tinggi. Skrin juga menjadi semakin besar dengan tambahan skrin kedua untuk telefon lipat. Tahap revolusi seterusnya tiba apabila skrin sentuh dan sistem operasi seperti Android, memulakan zaman telefon pintar.
Tetapi evolusi rupa telefon pintar terhenti selepas itu. Telefon pintar hanya menampilkan rupa sebuah besi empat segi dengan kaca di hadapan dan kamera di belakang. Skrin makin canggih dengan kedatangan skrin Super AMOLED, resolusi tinggi 2K, kadar penyegaran 120hz dan banyak lagi. Adakah ini cukup bagus untuk anda?
Rupa telefon pintar tidak mempunyai banyak perubahan sehinggalah tibanya skrin boleh lipat. Samsung adalah antara pengeluar terawal menghasilkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat secara besar-besaran. Ia dimulakan dengan Galaxy Fold yang menjadikan tablet boleh dilipat kepada telefon pintar, mengembalikan nostalgis komputer mini yang boleh dibawa ke mana-mana.
Seterusnya, Samsung memperkenalkan pula Galaxy Z Flip. Model ini lebih hampir dengan apa yang diidamkan kerana ia merupakan telefon pintar yang boleh dilipat menjadi saiz lebih kecil tanpa menjejaskan fungsi telefon pintar berprestasi tinggi.
Adakah ini cukup bagus untuk anda? Tidak bagi Samsung
Satu acara pelancaran akan diadakan oleh Samsung pada 11 Ogos 2021, bertema “Get Ready To Unfold” yang memberi petunjuk tentang membuka lipatan. Buat masa kini, masih belum ada sebarang cerita rasmi tentang apa yang akan dilancarkan di majlis ini, tetapi khabar angin kuat mengatakan bahawa ia adalah telefon pintar dengan skrin boleh lipat generasi baharu.
Peminat teknologi pastinya sangat teruja menantikan kejutan yang akan dianjurkan oleh Samsung dalam acara ini. Malah, Samsung menyediakan cenderahari buat peminat yang mendaftarkan minat mereka terhadap acara ini.
Samsung Malaysia kini membuka laman pendaftaran untuk acara Samsung Galaxy Unpacked. Pendaftar juga akan menerima baucar bernilai RM300 yang boleh digunakan untuk membeli aksesori terpilih selepas membuat tempahan awal untuk produk yang bakal dilancarkan. Maknanya, akan ada telefon pintar baru yang dilancarkan dan anda boleh membeli aksesori terpilih dengan diskaun RM300 sekiranya anda mendaftar awal.
Kepada yang berminat, segera layari laman Samsung Galaxy Unpacked dan daftar sekarang untuk menerima baucar bernilai RM300!
Selepas itu, jangan lupa untuk sama-sama menyaksikan majlis pelancaran Samsung Galaxy Unpacked yang akan bersiaran di YouTube Samsung Malaysia pada pukul 10 malam waktu Malaysia, 11 Ogos ini.