[Artikel ini dibawakan oleh Celcom]
Covid-19 telah mengubah lanskap perniagaan secara menyeluruh, tatkala platform perniagaan atas talian dilihat menjadi alternatif terbaik di kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk terus bertahan dari kesan akibat pandemik kepada perniagaan secara amnya.
Pandemik ini menyaksikan ramai usahawan terpaksa menanggung kerugian terutama bagi industri makanan dan minuman (F&B), namun ramai yang mula sedar kepentingan untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka sejajar dengan trend pengguna yang lebih cenderung membeli belah secara atas talian.
Delivery Ghost Kitchen (DGK) adalah antara inisiatif yang diwujudkan khusus untuk membantu menyokong usahawan lain yang tidak dapat bertahan semasa pandemik menerusi usahasama berkonsepkan dapur pusat bagi penyediaan masakan dan khidmat penghantaran makanan.
DGK ditubuhkan ketika awal pandemik tahun lalu oleh Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir selepas menyedari kesukaran dialami ramai usahawan kecil F&B untuk meneruskan perniagaan.
Berpengalaman luas dalam industri F&B serta menjadi “master franchiser” rangkaian restoran Killiney Malaysia, beliau turut berdepan penutupan kesemua 15 cawangan rangkaian restoran itu kerana tidak mampu menampung kos pengurusan yang tinggi dengan jualan yang semakin berkurangan.
“Melihat trend perniagaan berkonsep tradisional tidak lagi relevan ketika situasi pandemik Covid-19 ini, kami membuat keputusan untuk melabur bagi memulakan dapur berpusat setempat yang mengumpulkan pelbagai jenama makanan di bawah satu bumbung.
“Konsep yang diguna pakai adalah ‘ghost kitchen’ yang mana semua operasi dibuat setempat dengan penyertaan yang terdiri daripada pelbagai jenama makananan tanpa mengenakan sewa atau kos lain.
“Sebelum ini, penyediaan makanan dan khidmat penghantaran hanya meliputi radius sehingga lokasi.Tetapi dengan DGK, jenama rakan kongsi dapat melangkaui radius yang lebih besar tanpa perlu membuka kedai baru, namun menjangkau lebih banyak pelanggan,” jelasnya.
DGK turut menyediakan pasukan memasak, pembekalan bahan mentah, stok, bahan pembungkusan dan menguruskan pemasaran dan promosi. Lima rakan kongsi terawal (Killiney, Gibble Gabble, LaporBoxCafe, Kolok VS Laksa dan Delisha) kini menawarkan menu 5 jenis makanan popular mereka di bawah payung DGK.
Menurut Dr Ahmad Ramzi syarikat itu hanya mengenakan yuran komitmen sebanyak RM2,000 dan usahawan yang terlibat akan mendapat 20 peratus daripada hasil jualan setiap bulan.
Menariknya, menu ini akan diajar pada chef di bawah DGK dan pada masa yang sama setiap bulan wakil jenama itu perlu datang untuk memantau masakan yang disediakan untuk memastikan kualitinya.
“Konsep Ghost Kitchen adalah yang pertama di Malaysia. Setiap 3 bulan semua menu akan dinilai semula, di mana menu yang tidak mendapat sambutan dan sebagainya akan digantikan dengan menu yang lain,” katanya.
Menurut beliau, strategi pendigitalan yang dimulakan menerusi DGK ternyata membawa banyak manfaat. Malah beliau juga mengakui antara cara usahawan dapat bertahan adalah dengan mengubah model perniagaan, beralih kepada konsep atas talian, memanfaatkan platform media sosial serta memenfaatkan penggunaan alat pemasaran digital.
Justeru, DGK turut mengambil peluang berkerjasama dengan Celcom melalui geran digital yang disediakan kerajaan bagi mengoptimumkan operasi perniagaan syarikat itu.
Geran itu menawarkan kepada PKS pemberian sehingga 50% yang hampir sama dengan RM5,000 untuk setiap langganan perkhidmatan digital seperti Point of Sales elektronik (e-POS), Perancangan Sumber Perusahaan (ERP), sistem gaji elektronik, Pemasaran Digital, Perolehan, e-Dagang dan Kerja Jarak Jauh (remote working).
Perkhidmatan menyeluruh ini membolehkan kelangsungan perniagaan dengan penyelesaian digital yang tepat, dipadankan dengan mempermudahkan digitalisasi perniagaan berskala kecil. Dengan menawarkan penyelesaian yang mudah dan sederhana, PKS tidak perlu mencari penyelesaian digital dari pelbagai penyedia.
Penawaran pelan internet yang cekap menerusi Celcom Business juga turut membantu DGK dalam peralihan ekonomi sedia ada kepada ekonomi digital.
Sebagai contoh, platform digital e-dagang seperti Avana oleh Celcom Business menyediakan penyelesaian perdagangan sosial yang membolehkan DGK melancarkan laman web e-dagang mereka dengan platform yang mudah digunakan.
Penyelesaian yang lengkap dan mudah ini membantu DGK menjana pendapatan dengan menggunakan aplikasi perdagangan mudah alih yang mempermudahkan proses jual beli secara dalam talian.
Tambah Dr Ahmad Ramzi, geran digitalisasi itu dimanfaatkan sepenuhnya sejak awal penubuhan DGK kerana beliau sedar untuk maju ke hadapan, teknologi digital harus bergerak seiring.
“Cabaran terbesar kami adalah had penghantaran sehingga 10km sahaja. Justeru, kita akan mengembangkan DGK dengan menempatkan kira-kira 300 jenama menerusi pembukaan dapur pusat di seluruh negara pada minggu keempat bulan Ogos nanti.
“Kami masih dalam proses menguji sistem dan aplikasi mudahalih serta platform yang sedang dibangunkan ketika ini sebelum boleh mula dimuat turun oleh pengguna.
“Selain itu, selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami akan membangunkan sistem tempahan meja secara maya menerusi konsep strategi Omni Channel,” katanya.
Beberapa perkara asas penting yang dapat diambil dari pengalaman DGK antaranya adalah setiap usahawan wajar meneroka dunia digital untuk bangkit semula selepas melalui detik sukar COVID-19.
Untuk itu, usahawan perlu mengubah minda bahawa kelangsungan perniagaan pasca pandemik tidak seharusnya ada modal besar, bahkan tidak memerlukan kedai fizikal.
Mendigitalkan perniagaan di masa-masa yang mencabar ini juga dapat membuka banyak ruang dan peluang kepada usahawan untuk terus berdaya saing dan kekal relevan dalam industri.
Antara cara usahawan dapat bertahan adalah dengan mengubah model perniagaan, beralih kepada atas talian, memanfaatkan platform media sosial serta menggunakan alat pemasaran secara digital.
Selain itu, usahawan boleh memanfaatkan kursus-kursus digital yang disediakan oleh kerajaan, agensi dan pelbagai pihak lain bagi memperkasakan mereka dengan pengetahuan serta kemahiran penggunaan platform perniagaan digital.
Sokong Delivery Ghost Kitchen dengan melayari https://www.dgkitchen.com.my/. Perniagaan milik anak tempatan ini disokong oleh Celcom Business.
Mencari peluang mendigitalisasikan perniagaan anda? Temukan rangkaian penyelesaian Celcom Business dan nikmati akses percuma selama tiga bulan di https://business.celcom.com.my/sme/business-suite