• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rakyat lengkap vaksin COVID-19 akan dibenar rentas negeri, makan di kedai & bersukan

  • OLEH Najib
  • 5:43 pm
  • 08/08/2021
  • Komen
Rakyat lengkap vaksin COVID-19 akan dibenar rentas negeri, makan di kedai & bersukan
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Malaysia hari ini membuat kejutan apabila membuat perutusan khas mengenai kemudahan yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang telah lengkap vaksin COVID-19. Walaupun lewat sehari daripada tarikh yang dijanjikan, ini memberi sinar buat orang ramai terutama sekali peniaga yang akan dapat kembali membuka perniagaan mereka.

Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang harus dipenuhi sebelum kemudahan ini boleh dinikmati. Sebahagiannya hanya diberikan kepada negeri yang berada di Fasa ke-2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan ada yang memerlukan kebenaran untuk bergerak. Selain itu, setiap orang perlu bersedia menunjukkan sijil digital mereka di MySejahtera sebagai bukti telah lengkap dos vaksin yang diperlukan.



Setiap orang dikira telah lengkap vaksin COVID-19 jika memenuhi syarat berikut:

  1. Untuk vaksin Pfizer, AstraZeneca & Sinovac, telah lengkap 2 dos dan 14 hari selepas dos kedua.
  2. Untuk vaksin Johnson & Johnson serta Cansino, telah lengkap 1 dos selepas 28 hari disuntik.

Kemudahan ini akan diberikan bermula hari Selasa, 10 Ogos 2021. Kemudahan tersebut adalah:



  • Individu dari luar negara yang pulang ke Malaysia, boleh membuat kuarantin wajib di rumah. Tetapi untuk yang memiliki kediaman di Malaysia sahaja. Terpakai untuk semua Fasa PPN.
  • Rentas daerah dan negeri bagi ibu bapa untuk berjumpa anak bawah umur 18 tahun dibenarikan. Terpakai untuk semua Fasa PPN, tetapi perlu memohon kebenaran daripada PDRM.
  • Rentas daerah dan negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh juga dibenarkan. Terpakai untuk semua Fasa PPN, tetapi perlu memohon kebenaran daripada PDRM.
  • Rentas daerah turut dibenarkan untuk negeri di Fasa 2 PPN ke atas, dengan syarat menunjukkan sijil digital vaksinasi apabila diperlukan.
  • Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan untuk negeri di Fasa 2 PPN ke atas.
  • Aktiviti sukan tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan di luar dengan menjaga jarak sosial, dibenarkan untuk negeri di Fasa 2 PPN ke atas.
  • Aktiviti makan di dalam kedai, dibenarkan untuk negeri di Fasa 2 PPN ke atas.
  • Aktiviti solat di masjid dan surau bagi umat Islam, dibenarkan mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama negeri untuk negeri di Fasa 1 & 2 PPN.
  • Aktiviti sembahyang di rumah ibadat selain Islam, dibenarkan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara untuk negeri di Fasa 1 & 2 PPN.

Untuk rujukan, status fasa PPN mengikut negeri hari ini adalah seperti berikut:

Fasa 1: Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur, Putrajaya
Fasa 2: Kelantan, Terengganu, Pahang, perak, Pulau Pinang, Sabah
Fasa 3: Perlis, Sarawak, Labuan

Tags: COVID-19Vaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

Rakyat lengkap vaksin COVID-19 akan dibenar rentas negeri, makan di kedai & bersukan

Rakyat lengkap vaksin COVID-19 akan dibenar rentas negeri, makan di kedai & bersukan

8 August 2021
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN