• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A52s dapat SoC baru tapi lain-lain lama

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:05 am
  • 18/08/2021
  • Komen
Galaxy A52s dapat SoC baru tapi lain-lain lama
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam pasaran United Kingdom di sana, Samsung mengumumkan Galaxy A52s 5G. Berbanding Galaxy A52 5G yang sudahpun berada dalam pasaran, tidak banyak perbezaanpun antara keduanya.

A52s 5G dan A52 5G miliki fizikaliti sama

Samsung telah tukarkan SoC pada A52 5G daripada Snapdragon 750 5G kepada Snapdragon 778G yang lebih segar dan bertenaga.



Lain-lain komponen didapati masih dikekalkan.

Di bahagian muka, Galaxy A52s ada panel paparan Super AMOLED 6.5” pada resolusi FHD+ dan refresh rate setinggi 120Hz. Bersama-sama SoC baharu, ia didatangkan dengan storan 128GB beserta RAM sebesar 6GB.



Untuk kamera, anda terima trikamera belakang dengan konfigurasi 64MP, 12MP (ultralebar), dan 5MP (depth) beserta 32MP untuk selfie.

4,500mAh adalah jumlah tenaga yang terkandung dalam baterinya dan ia boleh dicas pada kadar sehingga 25W. Salah satu kelebihan telefon ini ialah ia kalis air pada paras IP67.

Tanda harga telefon ini dalam pasaran Eropah ialah GBP409 (RM2,384). Tapi anda boleh jangkakan harga yang lebih rendah apabila tiba di Malaysia kelak. Mungkin harganya akan setanding dengan A52 5G kerana A52s 5G ada RAM dan storan lebih rendah.

Sebagai perbandingan, berikut adalah harga dua Samsung Galaxy A52 di Malaysia:

  • Samsung Galaxy A52 LTE (8+256) – RM1,499
  • Samsung Galaxy A52 5G (8+256) – RM1,899
Tags: samsungsamsung galaxySamsung Galaxy ASamsung Galaxy A52SAMSUNG GALAXY A52S 5G
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy A52s dapat SoC baru tapi lain-lain lama

Galaxy A52s dapat SoC baru tapi lain-lain lama

18 August 2021
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN