• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Huawei nova 3e: Superstar Swafoto Terbaru Hannah Delisha?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:34 pm
  • 14/05/2018
  • Komen
Huawei nova 3e: Superstar Swafoto Terbaru Hannah Delisha?
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Huawei P20 Pro dan Huawei P20, dalam pasaran Eropah terdapat juga Huawei P20 Lite yang diletakkan dalam kategori bajet. Untuk pasaran kita, telefon yang sama hadir dalam pakej yang berbeza.

Mendukung gelaran “superstar swafoto”, ia adalah ahli terbaru dalam kelas nova dengan tanda nama Huawei nova 3e. Adakah telefon ini rakan swafoto Hannah Delisha yang baru?



Rupa Paras

Telefon ini diselaputi kaca depan belakang yang pastinya mudah comot seperti Huawei P20 Pro, dan P20. Namun, kelebihan penggunaan kaca adalah ia agak mencengkam apabila berada dalam tangan dan saya berasa agak yakin untuk memegangnya tanpa casing.

Pada bahagian muka, sebahagian besarnya ditutupi panel paparan HD+ Penuh dengan resolusi 2280×1080 sebesar 5.84″. Saiz bingkainya tak tekal dan paling tebal pada bahagian dagu, diikuti dahi dan sisi. Untuk estetika, ia kurang cantik kerana iPhone X hadir dengan ketebalan bingkai yang sama disegenap sisi.



Yang baiknya tentang nove 3e adalah notchnya lebih kecil dan kesemua komponen yang diperlukan dimuatkan dalam satu ruang yang cukup dan tersusun rapi.

Bahagian bawah telefon ini menempatkan port USB-C yang diapit oleh jeriji speaker dan jek audio 3.5mm yang semestinya satu berita baik buat audiofilia yang memiliki headfon premium.

Kemudian, kita beralih pada komponen di dalamnya.

Spesfikasi dalaman

Bermula pada CPU-nya, nova 3e dikuasakan CPU Kirin 659. Cip yang sama boleh ditemui pada telefon Huawei nova 2i yang dilancarkan terlebih dahulu berbanding nova 3e. CPU-nya memiliki clockspeed sehingga 2.35Ghz dan pada bahagian GPU, ARM Mali-T830 memainkan peranan untuk mengendalikan pekerjaan 3D.

Cip ini memiliki ciri yang hampir serupa dengan Kirin 650 dan ia dipaparkan sebagai Kirin 650 pada APP CPU-Z kerana perbezaan antara 659 dan 650 hanyalah pada clockspeed.

Maka, jika anda kini menggunakan nova 2i, anda boleh jangkakan prestasi hampir serupa antara keduanya.

Tetapi, terdapat beberapa kelebihan nova 3e miliki. Misalnya, ia hadir dalam varian storan 128GB walhal nova 2i memiliki storan dalaman 64GB. Jika 128GB tidak mencukupi, gunakan saja slot SIM sekunder untuk menempatkan kad SD anda.

Pada jabatan pengimejan, ia tidaklah hadir dengan konfigurasi kuadkamera seperti nova 2i, sebaliknya hanya dwikamera belakang. Kedua-dua kamera belakang dan swafoto memiliki sensor 16MP manakala kamera belakang kedua nova 3e bertugas mengukur kedalaman medan dan memiliki sensor 2MP.

Menguasakan segala komponen elektronik pada telefon ini adalah bateri dengan kapasiti 3,000mAh. Ia agak kecil untuk telefon sebesar ini. Tidak pasti sama ada telefon ini ada menyokong teknologi pengecasan pantas atau tidak.

Spesifikasi Huawei nova 3e

Attention: The internal data of table “16” is corrupted!

Kesimpulan

Huawei nova 3e sememangnya memiliki potensi untuk menjadi superstar selfie dan bakal menjadi teman setia Hannah Delisha apabila ia dilancarkan secara rasmi di Malaysia tak lama lagi.

Hadir dengan rupa seakan Huawei P20 tapi tanda harga yang lebih rendah, ia pastinya menarik minat pengguna yang memiliki bajet terhad. Sungguhpun begitu, pada papan utamanya masih terpateri komponen premium yang mampu memberikan pengalaman penggunaan yang baik.

Itu sajalah catatan hands-on kami tentang Huawei nova 3e, nantikan artikel reviu penuh kami yang akan memasukkan maklumat seperti hayat bateri dan sampel gambar daripada lensanya kelak.

Tags: harga huawei nova 3eHuaweiHuawei Malaysiahuawei nova 3ehuawei nova 3e malaysiahuawei nova 3e murahpelancaran huawei nova 3ereview huawei nova 3espesifikasi huawei nova 3etempahan huawei nova 3e
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Huawei nova 3e: Superstar Swafoto Terbaru Hannah Delisha?

Huawei nova 3e: Superstar Swafoto Terbaru Hannah Delisha?

14 May 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER