• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung mahu batal hasilkan Galaxy S21 FE kerana Galaxy Z Flip 3

  • OLEH Najib
  • 4:20 pm
  • 28/09/2021
  • Komen
Samsung mahu batal hasilkan Galaxy S21 FE kerana Galaxy Z Flip 3
Share on FacebookShare on Twitter

Pada mulanya, Samsung dikatakan mahu melancarkan Galaxy S21 FE bersama-sama Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3 pada bulan Ogos lepas. Tetapi ia ditangguhkan dan ditangguhkan lagi beberapa kali. Tetapi berita terbaru menyatakan, Samsung mahu berhenti terus dari menghasilkan Galaxy S21 FE, telefon falgship bajet mereka ini.

Menurut laporan akhbar DDaily dari Korea Selatan, Samsung telah membatalkan satu majlis pelancaran Galaxy Unpacked yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober. Majlis ini dibuat untuk memperkenal Galaxy S21 FE.



Bagaimanapun, akibat bekalan cip semikonduktor yang terhad di pasaran serta sambutan Galaxy Z Flip 3 yang sangat menggalakkan, Samsung dikhabarkan telah membatalkan majlis pelancaran Galaxy S21 FE dan mahu fokus menjual Galaxy Z Flip 3.

Jualan Galaxy Z Flip 3 di luar jangkaan Samsung dan mereka tidak dapat menghasilkan bekalan yang mencukupi selaras dengan permintaan. Apatah lagi, Galaxy S21 FE turut menggunakan cip Snapdragon 888 yang sama dengan Galaxy Z Flip 3, sedangkan bekalan cip tidak mencukupi di pasaran.



Jika Galaxy S21 FE dilancarkan, ia akan menggugat bukan sahaja jualan Galaxy Z Fold 3 dan Z Flip 3, malah mengurangkan pengeluaran dua telefon pintar lipat terbaru Samsung itu. Jadi lebih baik Samsung menumpukan pada jualan produk lebih mahal dan menguntungkan menggunakan cip yang serupa.

Manual Galaxy S21 FE terbocor

Galaxy S20 FE menjadi peranti yang popular sebelum ini kerana menawarkan prestasi kelas flagship pada harga di bawah RM3,000. Ia juga menyediakan ciri premium yang tidak terdapat dikebanyakan peranti lain pada harga yang sama seperti speaker stereo, kalis air dan pengecas wayarles. Ketiadaan Galaxy S21 FE bermakna peminat Samsung akan terlepas peluang mendapatkan kuasa Snapdragon 888 pada harga lebih murah.

[Sumber: Sammobile]

Tags: samsungSamsung Galaxy S21 FE
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Samsung mahu batal hasilkan Galaxy S21 FE kerana Galaxy Z Flip 3

Samsung mahu batal hasilkan Galaxy S21 FE kerana Galaxy Z Flip 3

28 September 2021
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN